Tuesday, February 23, 2010

CERAMAH ISU-ISU SEMASA

Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor dengan kerjasama Pemuda UMNO Gugusan Kalumpang akan mengadakan ceramah isu-isu semasa di Perkarangan Balairaya Kg Pasir Putih Kalumpang. Program akan dijalankan pada 27.02.2010 hari sabtu jam 8.30 malam. Antara yang akan memberi ceramah pada malam tersebut adalah en.Azmi Muhamad ( bekas penyelaras PKR Dun Ijok ) dan Hj Megat Zulkarnain Omardin ( Exco Pemuda UMNO Malaysia ).
Dijemput semua penduduk Kalumpang dan seluruh warga Hulu Selangor untuk menghadiri program ceramah isu-isu semasa pada malam tersebut.

Thursday, February 18, 2010

FUTSAL PERSAHABATAN BERSAMA PEMUDA GUGUSAN SG DUSUN











Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor telah mengadakan perlawanan persahabatan futsal bersama Pemuda Gugusan Sg Dusun. Perlawanan telah diadakan di gelanggang futsal Felda Soeharto pada 18.02.2010. Turut hadir pada perlawanan tersebut ialah Ketua UMNO Cawangan Sg Dusun E. Manaf, AJK UMNO Bhgn Hulu Selangor En.Zainuddin Mad Naan, Ketua Kampung En.Harun serta Ketua-ketua Pemuda Cawangan di Gugusan Sg Dusun.

Pasukan Pemuda Bhgn diwakili oleh exco-exco Pemuda Bhgn dan pasukan Sg Dusun telah diwakili oleh pemuda-pemuda di Gugusan Sg Dusun. Pihak Pemuda Bhgn berharap agar perlawanan persahabatan ini dapat merapatkan hubungan antara exco Pemuda Bhgn dengan Pemuda-pemuda di gugusan seterusnya masyarakat setempat. Perlawanan seperti ini akan diteruskan lagi di Gugusan-gugusan yang lain.

Sunday, February 7, 2010

FUTSAL PERSAHABATAN BERSAMA PEMUDA GUGUSAN HULU BERNAM







Pemuda UMNO Hulu Selangor telah mengadakan perlawanan persahabatan futsal besama Pemuda UMNO Gugusan Hulu Bernam. Perlawanan diadakan untuk mengeratkan hubungan antara Pemuda Bahagian Hulu Selangor dengan ahli-ahli diperingkat akar umbi. Program ini akan diteruskan di masa-masa akan datang bersama ahli Pemuda di Gugusan yang lain

Wednesday, February 3, 2010

LAPORAN KE SPRM OLEH UNIT PENYELAMAT PEMUDA SELANGOR











Unit Penyelamat Selangor telah membuat laporan kepada SPRM pada 03.02.2010 di Shah Alam. Antara laporan dan bantahan tersebut adalah berkenaan dengan :




1. Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi Selangor




2. Isu tanah YBK




3.Lambakan rumah urut di Selangor




Turut hadir ialah Ketua Pemuda Selangor serta Ketua-ketua Pemuda Bahagian Selangor serta sukarelawan unit penyelamat Selangor