Monday, April 12, 2010

Majlis Ramah Mesra Pemuda BN dan YB Khairy Jamaluddin.





















Pada tanggal 11 April 2010 sejurus selepas pertemuan dengan Jentera Pemuda BN, Pemuda Umno Hulu Selangor telah mengaturkan program Ramah Mesra Pemuda BN bersama Pengerusinya iaitu YB Khairy Jamaluddin.








Majlis telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yg amat menggaklakkan. Dengan kehadiran lebih kurang 300 orang pemuda terdiri dari pelbagai kaum dan hujahan mantap dari speaker membuatkan suasana sungguh meriah .








Di pertengahan majlis berlangsung ,Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil Hulu Selangor Dato Seri IR Mohd Zain Mohammad datang untuk menyerahkan kemeja-T yg tertulis "BN mampu Berubah" kepada semua Ketua Pemuda Komponen BN Hulu Selangor sebagai simbol untuk PRK Hulu selangor.








Majlis diakhiri dengan sidang media bersama Stesen Televisyen Tempatan.








YB Khairy Jamaluddin sejenak bersama Jentera Pemuda BN Hulu Selangor.







Tanggal 11 April 2010 sejurus tamat Program Pemuda Prihatin di Serendah jam 11.oo pagi, YB KJ dan semua Jentera Pemuda BN menuju ke Pejabat Umno Bahagian Hulu Selangor untuk program selanjutnya.
Setibanya di Pejabat Umno Bahagian Hulu Selangor pada jam 11.45 pagi, YB KJ dan semua jentera mengambil sedikit masa untuk berbincang tentang isu setempat dan persediaaan Pemuda BN Hulu Selangor menjelang Pilihanraya Kecil yang akan berlansung pada 25 april ini.

Program Pemuda Prihatin bersama YB Khairy Jamaluddin dan Jentera Pemuda BN Hulu Selangor.











Tanggal 11 April 2010 jam 9.00 pagi , Pemuda Umno Hulu Selangor di bawah pimpinan saudara Mahmud Karim bersama Jentera Pemuda BN Hulu Selangor telah menganjurkan program kerakyatan dinamakan "Program Pemuda Prihatin di Kg Dato Haron, Serendah Hulu Selangor".




Program ini bertujuan membuktikan golongan muda juga prihatin tentang keadaan kebajikan setempat disamping dapat merapatkan hubungan golongan muda dan golongan golongan yg lebih senior.




Program ini dimulakan dengan pelepasan skuad bermotor yg diketuai oleh YB KJ sendiri di iringi oleh semua jentera BN Selangor dan Hulu Selangor menziarahi rumah-rumah di dalam kampung. Disamping berziarah sumbangan juga dihulurkan kepada mereka yg kurang berkemampuan.




Disini kami di Pemuda Umno Hulu selangor ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yg hadir dan menjayakan program ini. Program tamat pada jam 11.00 pagi.

Saturday, April 3, 2010

Seminar Jentera Pilihanraya Pemuda P094 Hulu Selangor













































Tanggal 4 april 2010 di Kem Lembah Genting Batang Kali telah diadakan Seminar untuk membakar semangat pemuda Umno dan barisan Nasional menjelang Pilihanraya Kecil P094 parlimen Hulu Selangor.









Di dalam seminar ini para penceramah telah menerapkan semangat kesetiaan dan cintakan negara kepada semua ketua pemuda daerah Hulu Selangor.









Terima Kasih kepada Dr Jasmi yg banyak memberi banyak input kepada pemuda untuk mengahadapi Pilihanraya Kecil pada 25 April ini, dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor Saudara Mahmud Karim dengan kerjasama Biro Tatanegara kerana menganjurkan Program ini.









Kelana Ehsan PM DS Najib Razak di Hulu Selangor







Pada tanggal 3 April 2010, Hulu Selangor melakar sejarah apabila menerima kunjungan Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 iaitu DS najib Razak di dalam program Kelana Ehsan. Lawatan beliau bermula jam 10 pagi dari Felda Sungai Tengi dan dan berkakhir di penghargaanTaman Bukit Teratai di Sg Buaya.



Didalam lawatan beliau pelbagai program telah dilaksanakan antaranya Majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang, Majlis Pecah tanah Rumah felda, Majlis Perkahwinan, pertemuan dengan Jentera Barisan Nasional Bahagian Hulu Selangor dan Walkabout bersama masyarakat Di Sekitar Hulu Selangor.



Pemuda UMNO Hulu Selangor juga ingin mengalungkan jutaan penghargaan dan tahniah kepada PM Malaysia DS Najib, Ketua Bahagian Dato Idris Abu Bakar, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Hulu Selangor Saudara Mahmud Karim dan jentera yg lain yg menjayakan program ini.