Tuesday, November 23, 2010

Program Futsal Jelajah Hulu Selangor Gugusan Sungai Choh






21 Nov 2010 - Program Futsal Jelajah Hulu Selangor anjuran Pemuda Umno Hulu Selangor diteruskan lagi di mana ini bertempat di Gugusan Sungai Choh. Program ini amat mendapat sambutan dikalangan golongan muda dan menarik minat mereka untuk mengenali Pemimpin mereka dengan lebih dekat dan semakin memberi sokongan padu terhadap Pergerakan Pemuda Umno .

Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor Sdr Mahmud Karim dalam ucapannya berkata beliau sendiri bertanya dan diberitahu kebanyakan peserta adalah golongon muda yang masih belum mendaftar sebagai pengundi dan beliau amat yakin dengan adanya pelbagai bentuk program dan aktiviti yang diadakan oleh Pergerakan Pemuda ianya akan memberi nilai tambah kekuatan Umno yang sedia ada malah momentum penerimaan ini adalah sebagai petunjuk BN berada di landasan yang tepat.