Friday, February 25, 2011

Mesyuarat Exco Pemuda Bahagian Hulu Selangor (02) 2011






Bukit Beruntung 25Feb2011 - Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah mengadakan mesyuarat exco pemuda bahagian bertempat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen
( PUSKAP ) hari ini. Mesyuarat bermula kira-kira jam 9.00 malam dipengerusikan oleh Naib Ketua Pemuda Bahagiaan Sdr Yusri Bin Ishak kerana ketiadaan Ketua Pemuda Bahagian Sdr Mahmud Bin Karim yang mempunyai urusan di Kerdau.
Dalam mesyuarat tersebut beliau banyak menyentuh tentang penglibatan exco dalam isu-isu daftar pemilih dan program-program pemuda yang akan diadakan serta membincangkan isu-isu hal setempat di setiap gugusan.
Mesyuarat berakhir sekitar jam 11.30 malam

Thursday, February 24, 2011

Program Sembang Santai Pemimpin Dan Penduduk Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam.

24 hb februari 2011 Jam 9 malam, diperkarangan rumah wakil penduduk Encik Saheran telah diadakan program Pertemuan diantara penduduk Taman Bernam Jaya Dan Pemimpin drpd Umno Bahagian Hulu Selangor. Diantara Pemimpin yang hadir ialah Ketua Pemuda Umno Bahagian iaitu saudara Mahmud Karim Dan Ketua Wanita Umno Bahagian Hulu Selangor Datuk Rosni Sohar. Para Penduduk menyuarakan masalah setempat Yang dihadapi mereka. Pihak kepimpinan Akan membawa perkara berkaitan ke pihak berwajib.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, February 21, 2011

Ceramah Isu Semasa " Siapa Benar ? "






Bukit Beruntung 20Feb2011 - Ceramah Siapa Benar ? untuk sesi kedua anjuran Umno Bahagian Hulu Selangor diadakan di pekarangan rumah kedai Bandar Bukit Beruntung hari ini. 2 Orang Perceramah didatangkan khas untuk prgram ini antaranya seorang penceramah hebat iaitu Sdr Zahid Mat Arip . Program bermula pada jam 9.00 malam didahului dengan kata-kata aluan oleh Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor Sdr Mahmud Bin Karim .
Ceramah yang disampaikan pada malam ini banyak menyentuh hal salah laku dalam kepimpinan pembangkang yang jelas mengelirukan rakyat disamping menyeru kepada hadirin supaya lebih bekerja kuat dengan gerak kerja yang mantap jika mahu merampas semula Kerajaan Selangor ini dan mempertahan Kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional pada PRU akan datang. Sebelum mengakhiri ucapan beliau sekali lagi menyampaikan kata-kata semangat sebagai " PRU 13 adalah penentu masa depan bangsa Melayu".

Oleh itu , marilah bangsa Melayu bersatu mengorak langkah mengatur strategi demi Agama , Bangsa dan Negara.

Program bersurai sekitar jam 12.00 malam

Kursus Sekretariat Bloggers Hulu Selangor
















Batang Kali -20Feb2011 Pemuda Umno Hulu Selangor telah menganjurkan Kursus Sekretariat Bloggers Hulu Selangor bertempat di IPCOM Bandar Utama BatangKali . Ketua Pemuda Hulu Selangor Sdr Mahmud Bin Karim berkata , tujuan diadakan kursus seperti adalah untuk mengasah bakat dan kemampuan seseorang mengendalikan sebuah blog samada persendirian atau berkumpulan. Seramai 4 orang facilitator didatangkan khas untuk module sesi pertama dan seorang fasilitator jemputan khas iaitu Sdr Mohd Faizal Mohd Salleh dari Blogger Umno Malaysia hadir bersama untuk sesi kedua.










Beliau amat gembira program ini dilaksanakan dengan jayanya dan bebesar hati untuk menyampaikan sijil kepada 20 orang peserta hadir sekitar jam 6.00 Petang.

Saturday, February 19, 2011

Program Ceramah Isu-Isu semasa






Pada sabtu 19 Februari 2011 jam 9.00 malam, bertempat di Tadika Kemas Fasa 1 Batang Kali, Umno Bahagian Hulu Selangor telah menganjurkan satu ceramah yang bertajuk "Siapa Benar". Didalam ceramah ini ahli panel telah membongkar salah-laku yang telah dilakukan oleh Pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR). Panel yang dijemput ialah Dr Mohd Fairus Khairuddin iaitu Mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang telah meletak jawatan pada tahun Februari 2010. Program ini dirasmikan dengan kata-kata aluan oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor iaitu Saudara Mahmud Bin Karim. Turut Hadir wakil Rakyat DUN Batang Kali Datuk YB Mohd Isa dan Ketua Cawangan Saudara Jefrin Bin Mat Tu.

Monday, February 14, 2011

Futsal Persahabatan bersama Pemuda Rasa Tambahan




Rasa 13Feb2011 - Pergerakan Pemuda Umno Hulu Selangor yang diketuai oleh Sdr Mahmud Bin Karim telah mengadakan pelawanan Futsal bersama Pemuda Umno Rasa Tambahan. Pelawanan yang bermula sekitar jam 9.00 malam sebagai mengeratkan lagi hubungan selain dapat mengenali sesama pemuda yang lain.

Beliau mengucapkan tahniah dan berterma kasih atas sokongan dan kehadiran semua sebelum bersurai kira-kira jam 10.45 malam


Merasmikan Kafe Siber IPCOM Enterprise Di Bandar Utama Batang Kali






Batang Kali 13Feb2011 - Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor Sdr Mahmud Bin Karim telah hadir merasmikan pembukaan Kafe Siber IPCOM Enterprise di Bandar Utama Batang Kali. Sempana pembukaan IPCOM Enterprise Pemilik Kafe Sdr Asdi telah mengadakan pertandingan PC Game FIFA 11 terbuka yang julung kali diadakan di sini.Seramai 24 peserta telah mengambil bahagian dan pelawanan diadakan secara liga di mana banyak aksi2 menarik yang dapat dilihat . Tidak ketinggalan adik-adik kecil menunjukan bakat-bakat mereka . IbuBapa juga tidak melepaskan peluang memberi sokongan kepada anak-anak mereka.

Memandangkan sambutan yang amat menggalakan , dan memberi minat kepada golongon muda Sdr Mahmud bercadang akan mengadakan pertandingan seperti ini pada masa akan datang sebagai mengisi program Pemuda.

Sebelum beredar beliau telah menyampaikan hadiah kepada pemenang.