Saturday, April 30, 2011

Menghadiri Perjumpaan Adun KKB bersama Belia Insaf Ampang Pecah






Kuala Kubu Bharu 28/4/11 - Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor Mahmud Bin Karim hadir ke Perjumpaan Adun Kuala Kubu Bharu Yb Wong Koon Mun bersama Persatuan Belia Insaf Ampang Pecah.Program yang sekadar bersantai dan minum petang bersama YB bermula sekitar jam 6 Petang dan dihadiri lebih 40 orang belia dan beberapa AJK Umno Cawangan.Progarm bermula apabila YB Wong menyeru agar Belia harus memainkan peranan dalam menggerakan golongan muda ke arah belia yang bertanggungjawab bagi mengelakan dan mengurangkan gejala-gejala sosial yang semakin berleluasa dan perlu adakan pelbagai aktiviti dan program agar masa terisi dengan perkara-perkara yang baik.Beliau turut menyumbangkan cek Rm2000 kepada Persatuan Belia Insaf Ampang Pecah sebagai langkah pertama memulakan Program.Turut menyumbang Ketua Pemuda Bahagian Mahmud Karim, 2 biji Bola Futsal kepada Persatuan Belia Insaf.

Program berakhir jam 7.15 Petang

Tuesday, April 26, 2011

Kursus Pidato Pemuda Umno Hulu Selangor






Kuala Kubu Bharu 24/4/11 - Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah mengajurkan Kursus Pidato Pemuda Umno bertempat di Rest House Kelab Golf Kuala Kubu Bharu. Seramai 60 orang peserta mengambil bahagian terdiri drpd Pemuda Umno cawangan dan gugusan Hulu Selangor . Ucapan Perasmian dilakukan oleh Ketua Umno Bahagian Dato' Mohamad Idris Bakar pada jam 9.00 pagi ,turut hadir Ketua Pemuda Umno Bahagian Sdr Mahmud Bin Karim memeberi sokongan kepada para peserta di dewan. Tiga fasilitator hebat dari Unit Pidato Pemuda Umno Malaysia iaitu Sdr Halim Tuah ,Sdr Adnan Seman dan Sdr Lokman Adam dijemput untuk memberi tunjukajar dan teknik2 untuk menjadi seorang Pemidato hebat.
Menurut Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian merangkap Pengerusi Biro Unit Pidato Pemuda Bahagian Sdr Yusri Bin Ishak , dengan adanya kursus ini selain mencungkil dan melahirkan bakat2 baru , ia dapat memberi kenyakinan dan keterampilan kepada barisan muda untuk menonjol apabila bercakap di pentas tanpa merasa gementar berhadapan dengan penonton.Menurut beliau lagi setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk dipersembahkan kepada penonton cuma perlu dibentuk dgn cara yang lebih efekftif agar lebih mantap ketika menyampaikan hujahan atau ceramah kepada orang ramai.
Kursus berakhir sekitar jam 11.00 malam dan sijil disampaikan oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Yb Datuk Isa Abu Kasim.

Futsal Piala Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor 2011





Batang Kali 17/4/11 - Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah menganjurkan Futsal Piala Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor Dato' Hj Mohamad Idris Bakar bertempat di Arena Futsal Miel Batang Kali Hulu Selangor.Perlawanan yang bermula jam 8.30 pg dirasmikan oleh Ketua Umno Bahagian diiringi Ketua Pemuda Umno Bahagian Sdr Mahmud bin Karim .Seramai 64 Pasukan seluruh Hulu Selangor telah mengambil bahagian melalui dua sesi berakhir sekitar jam 9.00 malam di mana Pemenang berpihak kepada Pasukan Belino Fc dari Batang Kali menewaskan Pasukan KITA Fc dari Sg Choh dgn gol kemenangan 1-0. Hadiah disampaikan oleh Timbalan Ketua Bahagian YB Datuk Isa Abu Kasim diiringi Sdr Mahmud dan beberapa Exco Pemuda Bahagian