Saturday, January 30, 2010

MAJLIS PENYERAHAN BORANG AHLI BARU PEMUDA UMNO AMPANG PECAH KKB







Pada 30.01.2010 jam 9.00 malam Pemuda UMNO Bhgn Hulu Selangor telah menerima permohonan ahli baru Pemuda UMNO Cawangan Ampang Pecah seramai tiga puluh (30) orang ahli. Tahniah diucapkan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Ampang Pecah kerana berjaya menambah kekuatan ahli pemuda. Semuga usaha ini akan berterusan dan akan menaikkan semangat lain-lain cawangan Pemuda di seluruh Bahagian Hulu Selangor ini demi perjuangan untuk Agama,Bangsa dan Tanahair. Sekali lagi tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Ampang Pecah.

Wednesday, January 27, 2010

CERAMAH ISU-ISU SEMASA PEMUDA UMNO HULU SELANGOR
















Pemuda UMNO Hulu Selangor telah mengadakan ceramah isu-isu semasa di Apt Mawar Tmn Bunga Raya Bukit Beruntung pada 27.01.2010. Ceramah telah disampaikan oleh ustaz Afendi Yusof Exco Pemuda UMNO Malaysia. Program ceramah dianjurkan oleh unit pidato Pemuda UMNO Hulu Selangor dengan kerjasama Pemuda Gugusan Bunga Raya. Dalam ucapan aluan saudara Ketua Pemuda Hulu Selangor mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program tersebut. Turut hadir ADUN Batang Kali YB Tuan Mohd Isa Abu Kasim. Pemuda UMNO Hulu Selangor mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua yang hadir pada malam tersebut.

Friday, January 1, 2010

RETREAT PEMUDA UMNO SG BESAR DI HULU SELANGOR







Pemuda UMNO Sg Besar telah mengadakan Retreat di Hulu Selangor. Dikesempatan tersebut pihak Pemuda Hulu Selangor telah mengadakan perlawanan persahabatan futsal bersama Pemuda Sg Besar disebelah petang dan disebelah malam pula pihak Pemuda Sg Besar telah menjemput Pemuda Hulu Selangor jamuan makan malam. Bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara kedua-dua pihak. Turut hadir pada malam tersebut YB Dato' Ketua Bahagian Hulu Selangor.Harapan Pemuda Hulu Selangor agar hubungan dan kemesraan akan dapat diteruskan dimasa-masa akan datang.