Sunday, March 28, 2010

CABARAN PENDAKIAN BUKIT KUTU HULU SELANGOR
















Pergerakan Pemuda UMNO telah mengadakan program Cabaran Bukit Kutu di Hlu Selangor baru-baru ini. Seramai 50 pemuda telah menyahut cabaran tersebut. Tujuan utama program tersebut adalah untuk menguji katahanan pemuda-pemuda di Hulu Selangor ini. Cabaran tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya oleh pemuda Hulu Selangor.





Tahniah diucapkan kepada peserta yang berjaya. Program ini diketuai oleh saudara Naib Ketua Pemuda Bhgn en Yusri Ishak. Beliau berharap agar program seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bhgn saudara Kamaruzzaman Abd Rahman.





Pihak Pemuda UMNO Bhgn mengucapkan tahniah kepada peserta yang berjaya dan ribuan terimakasih kepada en Yusri Ishak serta AJK yang berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya dan ini menunjukkan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihanrayakecil Parlimen Hulu Selangor. SEDIA GEMPUR

FUTSAL BERSAMA PEMUDA UMNO GUGUSAN SERENDAH











Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor telah mengadakan persahabatan futsal bersama Pemuda UMNO gugusan Serendah. Bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara Pemuda Bhgn dengan peringkat akar umbi di Gugusan Serendah. Program seperti ini akan diteruskan lagi di Gugusan-Gugusan yang lain.




Pihak Pemuda Bhgn merakamkan ucapan terimakasih kepada Pengerusi Gugusan Serendah en. Hadis Tamyis serta ajk Gugusan Serendah, Exco Pemuda Bhgn yang terlibat serta ahli-ahli Pemuda Di Gugusan Serendah yang hadir bagi memeriahkan perlawanan tersebut.

Sunday, March 21, 2010

PENTAS PEMUDA UMNO HULU SELANGOR DI SKC JAYA
















Pemuda UMNO Hulu Selangor telah mengadakan program Pentas Pemuda di Pentas terbuka SKC Jaya pada 19.03.2010. Tujuan program tersebut adalah untuk menerangkan kepada rakyat tenteng pembohongan dan salah laku oleh pihak pembangkang.





Turut hadir pada malam tersebut adalah saudara Ketua Pemuda Hulu Selangor en. Mahmud Karim, en. Salleh Muhalim Ketu UMNO Caw. SKC Jaya, AJK Bahagian Hulu Selangor serta Exco Pemuda Hulu Selangor.





Ceramah telah disampaikan oleh Ybhg saudara Suhaimi Ghazali ( Ketua Pemuda UMNO Selangor ) serta saudara Khairul Muzammil ( Unit Pidato Pemuda UMNO Malaysia ). Program seperti ini akan diteruskan lagi di Gugusan yang lain.





Pihak Pemuda Hulu Selangor mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang membantu bagi menjayakan program tersebut, juga terimakasih kepada yang dapat menghadirkan diri pada malam tersebut.

Tuesday, March 16, 2010

FUTSAL PERSAHABATAN BERSAMA PEMUDA SG MASIN







Pemuda UMNO Bhgn Hulu Selangor telah mengadakan perlawanan futsal persahabatan bersama Pemuda Sg Masin di MIEL Futsal Batang Kali. Pasukan Pemuda Bhgn diwakili oleh Exco Pergerakan Pemuda UMNO Bhgn manakala pasukan Pemuda Sg Masin diwakili oleh pemuda-pemuda di Sg Masin. Turut hadir ialah saudara Ketua Pemuda Bhgn en. Mahmud Karim.








Pihak Pemuda Bhgn mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan perlawanan persahabatan tersebut.

Sunday, March 7, 2010

KEJOHANAN BOWLING TMN BUNGA RAYA
















Pemuda UMNO Gugusan Tmn Bunga Raya telah menganjurkan kejohanan Bowling di Kelab Golf Bukit Beruntung baru-baru ini. Kejohanan tersebut telah mendapat sambutan yang baik dikalangan ahli-ahli Pemuda di sekitar Tmn Bunga Raya. Penyampai hadiah telah disempurnakan oleh Saudara Ketua Pemuda UMNO Bhgn en. Mahmud Karim. Pihak Pemuda UMNO Bhgn mengucapkan tahniah kepada Pemuda Gugusan Tmn Bunga Raya di bawah pengerusi en.Ismahalil Abd Hamid serta seluruh ahli jawatankuasa Pemuda Gugusan Tmn Bunga Raya.

Monday, March 1, 2010

Ceramah Isu-isu Semasa Di Gugusan Kalumpang
















Ceramah isu-isu semasa yang bertajuk membongkar rahsia telah berlangsung di Kg Pasir Putih Kalumpang baru-baru ini. Ceramah talah disampaikan oleh saudara Azmi Muhamad ( Bekas Penyelaras PKR DUN Ijok ). bersama saudara Megat Zulkarnain Dato Omardin ( Exco Pemuda UMNO Malaysia )





Turut hadir pada malam tersebut adalah YB Dato Muhammad Idris Abu Bakar ( Ketua UMNO Bhgn Hulu Selangor ), saudara Mahmud Karim ( Ketua Pemuda Bhgn ) Setiausaha Bhgn, AJK-Ajk Bhgn,Exco-exco Pemuda Bhgn, Pengerusi Pemuda Gugusan Kalumpang, Ketua-ketua cawangan Gugusan Kalumpang, Ketua-ketua Pemuda cawangan Gugusan Kalumpang ahli-ahli pemuda serta penduduk-penduduk sekitar kalumpang.





Program ceramah ini akan diteruskan dimasa-masa yang akan datang demi untuk perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair.