Monday, July 19, 2010

Program Ceramah Umum Isu-isu semasa Pemuda Umno Hulu Selangor.






Hulu Yam Bharu , 18 Julai 2010 jam 9 malam satu program telah dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor iaitu Ceramah Umum isu-isu semasa yang telah bertempat di Taman Seri Liam , Hulu Yam Bharu.Program ini adalah program susulan daripada program ceramah -ceramah yang pernah dianjurkan sebelum ini yang dikendalikan oleh Unit Pidato Pemuda Umno Hulu Selangor diterajui oleh Naib Ketua Pemuda Bahagian Saudara Yusri Ishak dan Ketua Pemuda Bahagian Saudara Mahmud Karim sebagai penaung Program.
Penceramah jemputan yang hebat telah dijemput iaitu Saudara Zahid Mat Arip (Mantan Naib Ketua AMK Malaysia ) dan Saudara Safarizul (Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Selangor) telah mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh penduduk setempat dan luar.
Program yang membongkar salah laku parti pembangkang sedikit sebanyak dapat menyalurkan maklumat kepada orang ramai mengenai perkembangan politik semasa bagaimana caranya untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan mereka terhadap Parti UMNO. Selain itu maklumat yang disalurkan boleh dijadikan bekalan untuk jentera UMNO menyerang balas serta menutup terus mulut jentera pembangkang demi membetulkan perkara yang salah bagi menghadapi Pilihanraya yang akan datang.
Disini Pihak Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor ingin merakam Jutaan terima kasih kepada semua yang turut menjayakan program terutamanya Tuan Rumah iaitu Umno Cawangan Taman Seri Liam Ulu Yam Bharu serta ucapan tahniah diucapkan kepada Ketua Pemuda Umno Bahagian iaitu Saudara Mahmud Karim dan Exco yang hadir .Tidak ketinggalan juga Kepada Unit Media Baru Pemuda Bahagian Hulu Selangor di bawah kendalian Saudara Jefrin Mat Tu yang hadir membuat liputan sepanjang program dijalankan.
Diharap program ceramah ini dapat diteruskan untuk memberi tekanan kepada pihak pembangkang sekaligus memenangi Pilihanraya yang akan datang dan mengembalikan Selangor kepada Umno....

Hidup Umno.....Hidup Melayu.....

Saturday, July 3, 2010

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Hulu Selangor 2010
















3 Julai 2010 - Pergerakan Pemuda Umno Bahagian hulu Selangor telah mengadakan Mesyuarat Perwakilan Pemuda 2010 di Dewan Dato'Abdul Hamid,Bandar Utama Batang Kali Selangor pada 3 Julai 2010.
Mesyuarat yang dirasmikan oleh Dato'Hj Mohamed Idris Bin Abu Bakar, Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor merangkap Adun Hulu Bernam bermula sekitar jam 2.30 Petang.Turut hadir beberapa kenamaan ataranya Ahli Parlimen Hulu Selangor iaitu YB P Kamalanathan.Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kota Raja yang mewakili Negeri untuk sama-sama menjayakan persidangan tahun ini.
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa , bacaan Ayat suci Al-Quran seterusnya ucapan dasar
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Hulu Selangor Sdr Mahmud Bin Karim.
Dalam ucapan beliau , Sdr Mahmud banyak menyentuh tentang penglibatan pemuda dalam parti seterusnya beliau menyeru agar pemuda-pemuda Umno khasnya di Selangor perlu bijak,bangkit dan memberi komitmen yang tinggi dalam menangani isu-isu dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak pembangkang .Pemuda Umno juga diingatkan agar sama-sama bertanggungjawab mengatur gerak kerja yang mantap bagi memastikan sokongan rakyat kembali semula kepada Umno khususnya Barisan Nasianal.Jika sebaliknya,maka apa yang dilancarkan oleh YAB PM seperti Juara Rakyat dan Gagasan Satu Malaysia tidak akan memberi makna sekiranya kita gagal memenangi hari rakyat.

Justeru itu mencadangkan agar Pemuda-pemuda Umno di Selangor harus mencontohi Negeri Terengganu yang mana rakyatnya bersatupadu dan mencipta berbagai cara demi mengembalikan dan menawan semula pemerintahan negeri dari pihak pembangkang.

Mesyuarat berakhir kira-kira jam 7.05 Ptg.