Saturday, August 28, 2010

Jelajah Terawih - Ketua Pemuda Hulu Selangor di Kg Gumut , Kalumpang






28 Ogos 2010 - Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor meneruskan jelajah terawikhnya ke Surau Al-Daudiyah , Kg Gumut Kalumpang selepas menghadiri majlis berbuka puasa di rumah Adun Batang Kali Yb Mohd Isa . Beliau turut memberi sumbangan peribadi beliau yang disampaikan kepada Tuan Pengerusi Surau iaitu En Rosli , turut bersama pada malam itu Ketua Pemuda Cawangan Sdr Khairul Anuar.

Friday, August 27, 2010

Jelajah Terawih - Ketua Pemuda Hulu Selangor di Bakawali Bukit Beruntung
















27 Ogos 2010 - Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor Saudara Mahmud Bin Karim meneruskan jelajah Terawihnya dan kali ini beliau memilih berterawikh di Surau Nur Syakirin Tmn Bakawali Bukit Sentosa, Bukit Beruntung Hulu Selangor. Di samping itu beliau turut memberi sedikit sumbangan yang disampaikan kepada wakil Surau iaitu En Rosli.Turut hadir bersama Ketua Pemuda cawangan Sdr Azam Asri.

Sunday, August 22, 2010

KPHS - Solat Terawikh dan Sumbangan Di Surau Peringkat 6 Sg Dusun




22 Ogos 2010 - Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor Menghadiri solat Terawikh di Surau Peringkat 6 Felda Sg Dusun. Di samping itu beliau turut memberi sedikit sumbangan yang disampaikan kepada Pengerusi surau Tuan Hj Halim.

Friday, August 20, 2010

KPHS - Solat Terawikh dan Sumbangan Di Masjid Al Hidayah Ampang Pecah







20 Ogos 2010 - Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor Sdr Mahmud Bin Karim singgah bersoalat terawikh di Masjid Al Hidayah Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu disamping memberi sedikit sumbangan disampaikan kepada Pengerusi Masjid Tuan Syed Hassan.

Friday, August 6, 2010

Karnival Sukan Bola Keranjang 3 Lawan 3






7 Ogos 2010 - Ketua Pemuda Umno yang juga Barisan Nasional Hulu Selangor Sdr Mahmud Bin Karim telah menghadiri dan merasmikan Program sukan Pertandingan Bola Keranjang 3 lawan 3.
Program yang dianjurkan di bawah Biro Bola Keranjang diketuai oleh Sdr Ben Liew Pok Boon mendapat sambutan yang menggalakan yang mana ia disertai sebanyak 32 pasukan iaitu bagi kategori lelaki bawah 15 dan 19 Tahun dan Perempuan bawah 15 dan 19 Tahun.

Dikesempatan ini Sdr Mahmud telah menyampaikan sedikit ucapan kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian. Dalam ucapan tersebut , beliau menyeru agar generasi muda berpadu tenaga membentuk satu perpaduan disamping menjalin silaturahim dikalangan remaja ke arah generasi yang cemerlang di masa hadapan.Beliau juga berharap peserta2 dapat mepertingkatkan inisiatif dan kesedaran dalam diri agar menjadi generasi yang berbakti kepada negara .

Sebelum meninggalkan prgram beliau sempat bergambar bersama penganjur dan perserta dengan melaungkan slogan 1 Malaysia beramai-ramai.

Monday, August 2, 2010

Program Futsal Jelajah Kawasan Anjuran PPUBHS dan UMBHS.
















Hulu Selangor 1 ogos 2010, Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor sekali lagi telah berjaya menganjurkan Perogram Futsal Jelajah Kawasan Bahagian Hulu Selangor dimana minggu ini telah diadakan 3 Pertandingan dalam 1 minggu. Pertandingan ini adalah untuk gugusan ke-2, ke-3 dan ke-4 1 perlawanan telah diadakan pada hari sabtu iaitu di Gugusan Sungai Tengi dan dua lagi dijalankan serentak pada hari Ahad iaitu Gugusan Batang Kali Dalam dan Gugusan Sungai Selisek. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dimana mendapat lebih 10 penyertaan di satu-satu tempat. Dihara momentum ini dapat diteruskan sehingga ke penghujung 22 gugusan.