Wednesday, December 22, 2010

Lawatan Kemanusiaan Anjuran Pemuda/Puteri/Mayang Hulu Selangor






Rabu 22 Disember 2010 bermula seawal jam 9.00 pagi di Rumah Ketua Bahagian Umno Hulu Selangor merangkap Pengerusi MAYANG Hulu Selangor sebanyak 6 buah kereta bersama-sama bergerak untuk menyalurkan Bantuan Kemanusian Anjuran Pemuda/Puteri/Mayang Hulu Selangor. Sejauh 170 km persegi dan 14 lokasi di dalam Hulu Selangor Bermula Dari Penerima Yg Pertama Di Berek Polis Kalumpang dan Berakhir di Taman Teratai Kuala Kubu Bharu jam 5.00 petang. Senarai Nama penerima adalah seperti berikut:

1)Shahrul Zulkipli (Kalumpang)- Strok ringan.
2)Rashidah(Selisek)- Kemalangan kaki.
3)Mohd Zaim Abd Halim( Soeharto)- Kemalangan Kaki
4)Zulfahmi Yunus (Soeharto )- Kemalangan Kaki
5)Razman Mohd Shah (Felda Sungai Tengi)- Kemalangan Kaki.
6)Puan Zuriani Idris ( Bukit Sentosa)- Kemalangan kaki.
7)Mohd Azuan (Serendah) - Kemalangan Kaki.
8)Azra Rizwan (Serendah)- Kemalangan Kaki.
9)Mohd Firdaus (Serendah) -Kemalangan Kaki.
10)Zainudin (Serendah) - Patah Kaki.
11)Shahadam Abd Rawi ( KKB)- Kemalangan industri, cacat kekal.
12)Radzi Ayob (KKB)-Diabetis.
13)Mohd Azwan (KKB) - Pekak dan Bisu.
14)Nurnajiha (KKB)- Kemalangan.

Semua penerima telah menerima sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM200 . Disini juga pihak Pemuda Umno Hulu Selangor ingin mengucapkan Jutaan penghargaan kpd semua ahli Pemuda/Puteri/Mayang yg mengiringi sepanjang lawatan ini terutamanya YB Dato Haji Mohammed Idris bin Haji Abu Bakar, Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor Saudara Mahmud Karim, Tidak lupa kpd Exco Pemuda Hulu Selangor iaitu Noorhisham Saad , Khairul Anuar, Jefry Mat Tu, Zulkarnain Hanit, Faisal Sarehan. Turut serta SUK Pemuda Umno Bahagian Asdi Ali, wakil Majlis Belia Daerah Aedi Rizwan, wakil Puteri Ayu, Zura dan Puteri Serendah, wakil MAYANG Zainuddin Mat Naan dan wakil media Saudara Kamaluddin Idrus (ulek)yg membuat Live Telecast sepanjang program ini. Terima Kasih juga kpd Kiosk Kak Limah milik isteri Abg Din Bakawali di Bukit Sentosa yg menyediakan Makan Tengah Hari Kami .


Sunday, December 19, 2010

Program Bolasepak Padang Pilihan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor






20Dec2010 - Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah mengadakan dua perlawanan pesahabatan pada hari ini iaitu pada sebelah pagi pemuda UMNO Bahagian menentang Pemuda Taman Seri Batang Kali dan pada sebelah petang Pilihan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor menentang Persatuan Bolasepak Melayu Selangor.

Program sebegini amat mendapat sambutan dari golongon muda yang berkumpul sejak pukul 4.30 ptg untuk menyaksikan perlawanan yang dinantikan oleh pemuda Hulu Selangor iaitu perlawanan menentang Persatuan Bolasepak Melayu Selangor di mana perlawanan berkesudahan 2 - 2.

Presiden mereka Encik Fidaus Muhammad berbangga dengan pencapaian pasukan Pemuda Bahagian HS, yg hebat dan juga sokongan golongan muda yang amat menggalaka,

turut hadir Presiden Media Umno Malaysia En Mohd Faisal Salleh yng turut bermain bersama Pasukan Pilihan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor yang diketuai oleh Sdr Mahmud Bin Karim,

Friday, December 17, 2010

Program Sukan 1 Belia Pemuda dan Puteri Peringkat Dun Hulu Bernam






Sabtu,18 Disember 2010, Program Sukan 1 Belia Pemuda Dan Puteri Peringkat DUN Hulu Bernam Berlansung Serentak di dua gugusan DUN HUlu Bernam iaitu Di Gugusan Gedangsa dan Gugusan Sg Tengi. Program dirasmikan oleh ADUN Hulu Bernam Dato Haji Mohammed Idris Bin Haji Abu Bakar . Turut Hadir Ketua Pemuda Umno Bahagaian Saudara Mahmud Karim , Ketua Puteri Umno Bahagian Saudari Zahana dan Ahli JAwatankuasa Bahagain serta cawangan. Pemenang di Peringkat Gugusan Layak Untuk Bertanding di peringkat DUN yg akan diadakan pada 26 hb disember ini.

Wednesday, December 8, 2010

Menyampaikan sumbangan kepada Ahli Pemuda Umno Cawangan Serendah.



Pada 2hb Disember 2010 , Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Saudara Mahmud Bin Karim telah mewakili Ketua Bahagian Umno Hulu Selangor merangkap ADUN Hulu Bernam Dato Haji Mohammed Idris Bin Haji Abu Bakar untuk menyampaikan sumbangan RM 2500 kepada Ahli Pemuda Umno Cawangan Serendah yg sedang menjalani pembedahan kaki akibat terbabit dalam kemalangan. Sumbangan diterima oleh bapa beliau Saudara Razak yg juga Setiausaha Cawangan Serendah. Turut hadir saudara Zulkarnain Abu Hanit , Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor

Merasmikan Penutup Program Kemas Daerah Hulu Selangor



Pada 5hb Disember 2010 bertempat di Dewan Akedemi Bomba Kuala Kubu Bharu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Saudara Mahmud Bin Karim telah merasmikan program penutup peserta kursus Pembangunan Komuniti Jawatankuasa Aktiviti anjuran KEMAS Bahagian Hulu Selangor.