Sunday, January 30, 2011

Futsal Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor
















Jumaat 28 Januari 2011, Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor yang diketuai oleh Saudara Mahmud Karim telah hadir untuk perlawanan Futsal Persahabatan bersama Pemuda Gugusan Serendah Selatan di Gelanggang Futsal Desa Melor. Kira-kira 120 orang pemuda daripada sekitar Serendah Selatan yang hadir bermain dan menyaksikan perlawanan ini. Timbalan Ketua cawangan turut hadir untuk memberi sokongan .Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pengerusi Gugusan Serendah Selatan Saudara Hadis dibantu oleh Ketua Pemuda Cawangan untuk menjayakan program ini. Tidak lupa kepada Exco -exco yang turut hadir antaranya Saudara Jefrin , Zaidi, Norhisham Saad,Khairul Anuar dan SUK Saudara Asdi Ali.

Monday, January 24, 2011

Hadir Ke Himpunan Rakyat Di Shah Alam





Shah Alam 24Jan2011 - Seramai 50 orang pemuda dari Hulu Selangor berhimpun dan berarak ber sama ribuan rakyat di Shah Alam bagi membantah Sidang Dun Selangor yang cuba pinda Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Mesyuarat hari ini ditamatkan setelah gagal mendapat majoriti 2/3 dan sidang dewan ditangguhkan lagi ke satu tarikh yang belum pasti.

Menganjurkan Kejohanan TenPin Bowling Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor .






Bukit Beruntung 23Jan2011 - Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah menganjurkan Kejohanan Bowling bersama Puteri Umno Bahagian di Kelab Golf Bukit Beruntung Hulu Selangor.
Kejohanan yang dirasmikan oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Sdr Mahmud Karim kira-kira jam 10 Pagi itu dimeriahkan apabila setiap gugusan di sekitar Hulu Selangor mengambil bahagian.

Sepanjang permainan dijalankan , di sekitar dewan turut dibuka booth Daftar Pemilih untuk pendaftaran baru yang mana dilihat ada antara yang hadir turut mendaftar sebagai pengundi baru.

Pemainan berakhir sekitar jam 6.15 Ptg dan Hadiah disampaikan oleh Ketua Puteri Bahagian Puteri Zana kepada pemenang Team Gugusan Sg Choh dan Pemain terbaik kejohanan disampaikan oleh Sdr Mahmud Karim.

Hadiri Hari Penamaan Calon di DUN Tenang





22Jan2011- Labis - Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Sdr Mahmud Bin Karim bersama beberapa Exco dan Wanita Hulu Selangor telah menghadiri ke Pusat Penamaan Calon Di DUN Tenang.Puluhan ribu penyokong kedua-dua Parti bertanding memenuhi sekitar Pusat Penamaan calon namun keadaan yang terkawal dan tenang menyaksikan segala proses berjalan lancar. Sebelum beredar kira-kira jam 1.30Ptg Sdr Mahmud sempat beramah mesra dgn beberapa penduduk tempatan dan menyeru agar mereka menyokong kepimpinan Barisan Nasional.

Saturday, January 15, 2011

Program Gempur Pengundi DUN Batang Kali.




Ahad 16 januari 2011 , Seawal jam 9 pagi telah diadakan Program Gempur Pengundi DUN Batang kali dimana Prgram ini telah dianjurkan oleh Pejabat DUN Batang kali bersama Pergerakan Wanita , Pergerakan Pemuda Umno Bahagian dan Pergerakan Puteri Bahagian Hulu Selangor. Program yang berkonsepkan Gempur ini bergerak dan terus ke pintu rumah penduduk di kawasan Batang Kali secara spontan tanpa pengetahuan Tuan Rumah. Program ini Bertujuan mengenal pasti Pengundi Sedia ada dan Pengundi Baru yg belum Mendaftar. Lokasi yang telah dipilih kali ini ialah Apartment MNwar Bukit Beruntung.

Santai Bersama Pemimpin & Pemuda di Apartment Santai Bunga Raya


15 Januari 2011 jam 9 malam bertempat di Apartment Teratai Taman Bunga raya Bukit Beruntung telah diadakan program Santai Bersama Pemimpin & Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor. Program yand dijalankan serentak dengan Program Bina 1 Malaysia telah dihadiri oleh wakil Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor iaitu Saudara Mohd Jefrin Bin Mat Tu dan Abdul Rahaman selaku Exco Bahagian.Terima kasih diucapkan kepada Ketua Pemuda di Apartment Teratai iaitu Saudara Zulkifli Bin Abu yg telah memberi komitment yg sepenuhnya untuk menjayakan program ini.

Menghadiri Program Bina 1Malaysia DUN Batang Kali





Sabtu ,15 Januari 2011 Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Hulu Selangor telah menghadiri Majlis Penutup dan penyampaian hadiah kpd peserta yang telah mengambil Bahagian, Tahniah diucapkan kepada Saudara Zulkarnain selaku Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor merangkap Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor yang melaksanakan Program yg dianjurkan Bersama Inmind dengan begitu jayanya.

Perlawanan Futsal Persahabatan Diantara Pemuda Umno Hulu Selangor dan Pemuda Sg Choh


Isnin 10 Januari 2011 Bertempat di Gelanggang Futsal Sungai Choh Hulu Selangor, Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah membuat perlawanan persahabatan bersama pemuda di Sg Choh untuk memantapkan lagi pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor yg DiKetuai Oleh Saudara Mahmud Bin Karim. Terima Kasih diucapkan kpd Exco2 yg hadir, antaranya PSU Kamaruzzaman, Nor Amli MAdros, Khairul Anuar, Mohd Jefrin dan semau pemuda yg menyokong