Thursday, September 29, 2011

Program Sewang Merdeka Di Kampung Orang Asli Pertak

Isnin 26 September 2011 Jam 5 petang , Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah menganjurkan Program Jamuan Hari Raya dan Sewang Merdeka di Kampung Asli Pertak Kuala Kubu Bharu yang di pengerusikan oleh Saudara Izharuddin (Penyelaras DUN KKB merangkap Exco Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor ). Program bertujuan untuk mendekati masyarakat orang asli dan barisan pimpinan Barisan Nasional Hulu Selangor. Turut Hadir Ketua Pergerakan Pemuda Saudara Mahmud Karim, Ahli Parlimen YB P Kamalanathan , YB Wong Koon Mun , Yb Dato Mhammed Idris Abu Bakar dan barisan Pimpinan yang lain.




Open House raya Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor

Jumaat 23 September 2011 jam 2.00 petang , Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah menganjurkan Jamuan hari raya Pemuda Umno bersama Puteri Umno Bahagian bertempat di Pejabat UMNO Bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu.Pergerakan Pemuda juga memberi sumbangan duit hari raya kepada kanak-kanak yang hadir.Turut hadir Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor Dato' Haji Mohammed Idris Abu Bakar, Timbalan Umno Bahagian Datuk Isa Abu Kassim dan semua Exco dan Ajk Bahagian. Jamuan Berakhir jam 5 petang.









Program Kacau Dodol DUN Batang Kali Batang Kali





Batang Kali 28/8/2011 Bertempat di KAmpung Sentosa Batang Kali ,Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah menganjurkan satu program Kacau Dodol aidilfitri sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri 2011.Dalam Program tersebut Pemuda Kg Sentosa Batang Kali telah memasak 3 kawah dodol untuk diedarkan kepada penduduk sekitar Kg Sentosa dan Kg Tengah .Hadir bersama menjayakan program Ahli Parlimen YB Tuan P Kamalanathan ,Ketua Pemuda Bahagian Sdr Mahmud Karim,Ketua Pemuda Kg Sentosa Saudara Nora Akma , Exco Bahagian Sdr Izharuddin Dato' Tajuddin dan SUK Pemuda Bahagian Sdr Asdi Ali

Sunday, September 4, 2011

Program Merdeka Raya di Kg Org asli Serigala Hulu Bernam.

Ahad 5 Ogos 2011 jam 9 malam di Kg Asli Serigala Hulu Bernam telah diadakan program Sewang Merdeka Raya anjuran Pejabat DUN Hulu Bernam. Pengisian program ini bertujuan untuk mendekati pengundi-pengundi orang asli di Hulu Selangor. Wakil rakyat Hulu Bernam Dato Mohammed Idris Abu Bakar turut memberi sumbangan Raya kepada penduduk tempatan. Turut Hadir Ketua Pemuda Umno Bahagian Saudara Mahmud Karim, Ketua Cawangan Kg Serigala Encik Zaini, Pengerusi Jkkkp Selisek dan barisan Pimpinan Umno Bahagian Hulu Selangor. Program tamat jam 1030 malam.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, September 1, 2011

Program Bakar Lemang Aidilfitri Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor






Kuala Kubu Bharu -27/8/2011 Bertempat di PDM Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu ,Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah menganjurkan satu program bakar lemang aidilfitri sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri 2011.Dalam Program tersebut PDM Ampang Pecah turut mengadakan masakan bubur lambuk yang diketuai oleh ketua Wanita cawangan merangkap Pengerusi Gugusan KKB Selatan Pn Radiah Hashim.Hadir bersama menjayakan program Ahli Parlimen YB Tuan P Kamalanathan ,ADUN KKb YB Tuan Wong Koon Mun ,Naib Ketua Pemuda Bahagian Sdr Yusri Ishak,SUK Pemuda Bahagian Sdr Asdi Ali ,Ketua Puteri Umno Bahagian Pn Zahana Hamzah ,Ketua PDM Ampang Pecah En Mohd Nor Abas dan Ketua PDM Pemuda Ampang Pecah 1 & 2 Sdr Amir Ali & Wan Fairuz serta Exco Bahagian Sdr Izharuddin Dato' Tajuddin.