Saturday, June 26, 2010

Menghadiri Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Raja






26 Jun 2010 - Exco Pemuda Umno Hulu Selangor yang diketuai oleh Sdr Mahmud Bin Karim telah menghadiri mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kota Raja yang diadakan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam pada 26 Jun 2010. Mesyuarat dimulakan sekitar jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 1.30 pagi.

Kehadiran Exco Pemuda Umno Hulu Selangor adalah sebagai wakil dari negeri Selangor juga sebagai pemantau mesyuarat dan agen pengundian untuk perwakilan dalam pemilihan wakil pemuda ke peringkat Malaysia (G2).

Mesyuarat telah berjalan begitu lancar bermula dengan kata-kata aluan oleh KP Bahagian Kota Raja Sdr Azman Perai dan seterusnya dengan pembentangan aktiviti-aktiviti dan laporan seperti Kewangan ,sosial dan sebagainya oleh sekretariat Pemuda Bahagian Kota Raja.

Dikesempatan ini Pemuda Umno Hulu Selangor ingin merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada Exco dan wakil dari Hulu Selangor yang dapat mengorbankan masa untuk menghadiri persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda Bahagian Kota Raja walaupun berakhir agak lewat.

Kesetian perjuangan daripada saudara sekalian amatlah dihargai demi memperkasakan Umno utuk semua.

Saturday, June 19, 2010

Menghadiri Undangan Perkahwinan Sekitar Hulu Selangor

Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu


Kuala Kubu Bharu

JKKK Felda Sg Tengi


Felda Sg Tengi


Program anak angkat Felda Gedangsa



19 Jun 2010 - Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor Sdr Mahmud Bin Karim telah menghadiri 4 jemputan majlis Perkahwinan di sekitar Hulu Selangor.

Walaupun masa membawa ke Petang namun beliau tetap hadir untuk memenuhi semua undangan yang diterima.Beliau juga sempat menghadiri Program bersama pelajar Uniten di Felda Gedangsa sekitar jam 6.30 Ptg.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pasangan pengantin baru semoga kekal ke anak cucu.

Sunday, June 6, 2010

Menghadiri Majlis Perkahwinan Ketua Putera Umno Hulu Selangor Amru Ziad
















06 Jun 2010 - Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor Sdr Mahmud Bin Karim telah menghadiri Majlis Perkahwinan Ketua Putera Umno Hulu Selangor Sdr Amru Ziad Bin Dato' Idris yang berlansung di Kediaman Pasangan Pengantin Perempuan di Ipoh Perak.

Majlis yang berlansung sekitar pukul 10.30 pagi hingga pukul 3.00 ptg itu berjalan dalam suasana yang begitu meriah dihadiri oleh Saudara mara terdekat dan sahabat handai.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Hulu Selangor mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Pasangan Amru & Noraida semoga berkekalan .