Monday, July 18, 2011

Perjumpaan Ketua Pemuda Umno Bahagian dan Pimpinan Gugusan Gedangsa

Gedangsa 17 Julai 2011 jam 9 malam, Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor turun ke Gugusan Gedangsa bertemu Pemimpin Umno Gugusan Gedangsa membincangkan berkaitan Pergerakan Pemuda Umno di Gugusan Gedangsa. Terima kasih kepada Tok Empat Tajuluddin, Encik Isa, Encik Ahmad Mat Zain, Encik Rafaie (PDM Gegangsa) dan Cikgu Azman Mat Aris (Pengerusi Gugusan Gedangsa )yang hadir.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, July 17, 2011

Giant Malaya Juarai Futsal 1 Belia 1 Malaysia Parlimen Hulu Selangor 2011





Batang Kali 17/7/11- Pasukan Giant Malaya dari Bukit Sentosa Batang Kali telah menjuarai Futsal 1 Belia 1 Malaysia Parlimen Hulu Selangor kategori Lelaki manakala Pasukan GG FC dari Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu telah menjuarai bagi kategori wanita.
Seramai 34 pasukan termasuk 24 lelaki dan 12 wanita telah mengambil bahagiaan sebagai pasukan terbaik dari setiap DUN yang berlansung sebelum ini hadir dalam pertandingan peringkat akhir di Arena Futsal Miel Batang Kali.Menurut Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor,Mahmud Karim dengan kejohanan seperti ini kita dapat menggambarkan pembabitan golongan muda lebih cenderung dalam bidang sukan samada lelaki ataupun perempuan menunjukkan semangat 1 Malaysia di kalangan mereka juga kehadiran ibu bapa yang memberi sokongan dapat memberi input-input yang positif terhadap golongan ini.Beliau juga turut memuji para urusetia yang telah memberi komitmen yang baik dari mula hinggalah selesai kejohanan ini.
Hadiah-hadiah kejohanan telah disampaikan oleh Ketua Pemuda Bahagian ,Mahmud Karim dan beliau turut menyatakan pemain-pemain terbaik akan dipilih untuk menyertai pertandingan Futsal peringkat seterusnya yang akan diberitahu nanti.

Thursday, July 14, 2011

Bacaan Yassin dan Tahlil arwah di rumah Allahyarham Rapi Bata di Kg Tun Razak KKB

Khamis 14 julai 2011, jam 9 malam telah berlansung Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil arwah untuk Allahyarham Rapi Bata Mantan Ketua Cawangan Kg Tun Razak KKB yg telah meningal dunia pada hari selasa yang lalu. Turut Hadir AJK Bahagian antaranya Tuan Haji Dasuki abd Raos , En. Mahyuddin Omar, Ketua Penerangan Encik Yusoff haji Nawawi, Ketua Pemuda Hulu Selangor Saudara Mahmud Karim, Bendahari Pemuda Saudara Faizal Sarehan, Pemimpin Tempatan Pemangku KC Padang Golf Ustaz Kassim dan ramai lagi. Saudara Faizal juga mewakili jemaah yg hadir untuk menyampaikan sumbangan yg dikutip selepas majlis ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, July 12, 2011

Lawatan keinsafan oleh KP Hulu Selangor di Hospital Sg Buluh

Selasa, 12 Julai jam 4 ptg Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor Saudara Mahmud Karim telah membuat lawatan keinsafan Saudara Wahi Iskandar KP Cawangan TMN Cempaka Serendah dan lawatan keinsafan Saudara Rushdan bekas Ketua Pengadil Bolasepak Daerah Hulu Selangor.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, July 11, 2011

Futsal 1 Belia 1 Malaysia Parlimen Hulu Selangor peringkat DUN Hulu Bernam dan DUN Batang Kali






Batang Kali 10/7/11- Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor sekali lagi telah mengadakan pertandingan futsal 1 Belia 1 Malaysia peringkat DUN .Kali ini diadakan di dua DUN iaitu 9/7/11 di DUN Hulu Bernam dan 10/7/11 di DUN Batang Kali.Sebelum itu di DUN K.Kubu Bharu telah berlansung di kerling pada 2/7/11.Pertandingan ini bagi merebut 8 pasukan terbaik setiap DUN untuk bermain di peringkat akhir Futsal 1 Belia 1 Malaysia peringkat Parlimen Hulu Selangor di Arena Futsal Miel Batang Kali pada 17/7/11.

Melawat En Ishak Abdul Rahman yang uzur di Gesir



Gesir 9/7/2011- Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor ,Mahmud Karim telah melawat En Ishak Abdul rahman yang sedang uzur di kediamannya Gesir Hulu Bernam . Semasa lawatan beliau sempat beramah mesra dan mengharapkan agar En Ishak cepat sembuh dan mengharungi hari-hari dengan kesabaran.Sebelum meninggalkan, beliau turut memberi sedikit sumbangan peribadi kepada keluarga tersebut.

Friday, July 8, 2011

Perjumpaan Bersama Pemuda Umno Cawangan Sri Serendah






Serendah 7/7/2011- Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor ,Mahmud Karim telah mengadakan satu perjumpaan bersama ketua Pemuda En Nasir dan sebilangan pemuda cawangan sekitar jam 9.00 malam.Program sekadar bersantai sambil berbincang berkaitan gerak kerja serta merancang aktiviti2 untuk golongan muda setempat.Beliau juga amat berharap golongan muda dan belia tidak harus tercicir dan harus peka dengan peluang-peluang yang ada disekeliling mereka dan perlu sedar dan tidak tertipu dengan dengan penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh pihak pembangkang yang diibaratkan seperti menangguk di air yang keruh.Turut hadir Ketua Umno Cawangan Hj Tarmizi.

Saturday, July 2, 2011

Futsal 1 Belia 1 Parlimen 2011






Kerling 2/7/2011 - Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah menganjurkan program Futsal 1 Belia 1 Parlimen dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan.Lebih 18 pasukan dari sekitar DUN Kuala Kubu Bharu telah mengambil bahagian bagi memilih 8 pasukan terbaik untuk bermain di peringkat akhir yang akan berlansung pada 16 Julai 2011 di Arena Futsal Miel Batang Kali. Masing-masing 16 Pasukan terbaik yang akan bermain di pusingan akhir akan ditentukan di dua DUN lagi iaitu DUN Batang Kali dan DUN Hulu Bernam.

Program Jelajah Perjumpaan Pemimpin Besama Pemuda di PDM PemudaAmpang Pecah






Kuala Kubu Bharu 1/7/11 - Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor ,Mahmud Bin Karim telah mengadakan satu program Jelajah Perjumpaan Pemimpin bersama pengundi muda di PDM Ampang Pecah.Program bertujuan mendekati golongan muda setempat dan bersantai sambil mengadakan sesi dialog antara rakyat dan pemimpin yang ingin menyuarakan pendapat atau masalah serta rancangan aktiviti yang mereka mahukan terus kepada pemimpin mereka.Antara Pemimpin yang hadir adalah ADUN KKB YB Wong Koon Mun danAhli Parlimen Hulu Selangor YB P Kamalanathan.Program Jelajah ini akan diteruskan sehingga PRU KE 13 nanti.

Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Hulu Selangor 2011 Kuala Kubu Bharu






Kuala Kubu Bharu 26 Jun 2011- Umno Bahagian Hulu Selangor telah mengadakan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Hulu Selangor 2011.Mesyuarat diadakan sekitar jam 2.30 petang bertempat di IKBN Pertak Kuala Kubu Bharu dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hishamudddin Tun Hussein Onn.Lebih 600 perwakilan dari seluruh Hulu Selangor hadir ke mesyuarat yang sebelum itu Mesyuarat Perwakilan Wanita Hulu Selangor diadakan pada sebelah pagi yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat iaitu Dato'Seri Sharizat Abdul Jalil.