Thursday, March 24, 2011

Menghadiri Majlis Tahlil Arwah mangsa kemalangan di Sg Tengi







Sg Tengi 23Mac2011 - Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor Sdr Mahmud Bin Karim telah menghadiri majlis Tahlil arwah mangsa kemalangan maut Allahyarham Rafisyam bin Musa ,34 tahun. Allahyarham meninggalkan isteri dan 4 orang anak dr umur 3 hingga 9 tahun.
Selesai majlis Sdr Mahmud telah memberi sumbangan peribadi beliau kepada keluarga Allahyarham.

Liga futsal Sempena Cuti Sekolah tertutup Pemuda Umno Hulu Selangor





Batang Kali 19Mac2011 - Pemuda Umno Hulu Selangor telah menganjurkan Liga Futsal tertutup Bandar Utama Batang Kali sempena cuti sekolah yang bertempat di Gelanggang Futsal Bandar Utama Batang Kali Hulu Selangor. Seramai 12 pasukan dari taman sekitar telah mengambil di mana perlawanan dijalankan secara liga selama 7 hari bermula dari 13 Mac2011. Perlawanan separuh akhir dan akhir diadakan pada 19 Mac 2011 dan Hadiah disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor Sdr Mahmud Bin Karim.

Saturday, March 19, 2011

Sunday, March 13, 2011

Pertandingan Futsal Piala Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor 2011


Batang Kali 14 Mac 2011-Peluang kepada semua pasukan-pasukan futsal Daerah Hulu Selangor untuk menyertai Pertandingan Futsal PIALA KETUA UMNO BAHAGIAN HULU SELANGOR , Dato’ Mohd Idris Bakar bertempat di Gelanggang Futsal Miel Batang Kali pada 17 April 2011 .

Malumat Penyertaan sila lihat di bawah :

Yuran Pendaftaran : RM20.00/pasukan
Tarikh tutup penyertaan : April 2011

Terbuka kepada semua (kategori terbuka lelaki)
Setiap pasukan boleh mendaftarkan 8 orang pemain.
Terhad kepada 64 pasukan.

Hadiah-hadiah:-

Johan : Wang Tunai RM1,00.00 + Piala Iringan
Naib Johan : Wang Tunai RM500.00 + Piala Iringan
Ketiga : Wang Tunai RM250.00 + Piala Iringan
Keempat : Wang Tunai RM250.00 + Piala Iringan
Kelima - Kelapan : Wang Tunai RM100.00


Masa : 8.00 pagi : 5.00 petang
Tarikh/Tempat:- Gelanggan Futsal Miel Batang Kali Hulu Selangor


Untuk sebarang matlumat lanjut, hubungi kami:

Jef : 013 – 3652416 /Lan : 012- 3641617

Friday, March 11, 2011

Perasmian Program Perkhemahan Jati Diri di Sg Tamu Batang Kali





Batang Kali 11Mac2011 - Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Hadir merasmikan Program Perkhemahan Jati Diri yang dianjurkan oleh Belia 4B Hulu Selangor.Beliau tiba di kawasan bersama Pengerusi Belia 4B Hulu Selangor Sdr Izharudin kira-kira jam 9.00 malam .Beliau diberi kesempatan untuk berucap di hadapan kira-kira 60 orang peserta dengan mengingatkan golongan Belia agar lebih bertanggungjawab kepada masyarakat ,agama bangsa dan negara di mana dewasa ini , banyak masalah sosial di kalangan remaja terdedah di dada akbar hampir setiap hari.
Harapan beliau dengan adanya program seperti ini , para belia dapat memanfaatkan peluang dan jati diri untk menghadapi masa-masa akan datang.

Thursday, March 10, 2011

Makan Malam Exco Pemuda Umno Hulu Selangor bersama Wakil Rakyat






Damansara 9Mac2011- Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor bersama exco pemudanya mengatur satu perjumpaan makan malam bersama wakil rakyat . Ketua Umno Bahagian Dato'Mohd Idris Bakar dan Timbalan Datuk Mohd Isa Kasim hadir bersama memeriahkan perjumpaan ini di samping dapat berbincang peranan pemuda dalam memperkasakan jentera parti serta megeratkan lagi hubungan silaturahimdi kalangan exco dan juga pemimpin. Harapan besar disandarkan kepada pemuda agar berjuang dalam satu kumpulan yang kuat dan bertindak bijak untuk mendekati generasi muda yang semakin menyokong kepimpinan Barisan Nasional.

Makan malam yang diadakan di Restoran Kayu Nasi Kandar bermula jam 9.00 malam itu berakhir sekitar jam 11.45 malam.



Sunday, March 6, 2011

Hadir ke PRK DUN Merlimau bersama perayu undi untuk peti Undi Chin Chin






Jasin Melaka 6 Mac 2011 - Pergerakan Pemuda Umno Hulu Selangor di ketuai Sdr Mahmud Bin Karim hadir memberi sokongan moral bersama perayu undi untuk peti undi kawasan Chin Chin.
Turut hadir Ketua Pemuda Selangor Sdr Ungku Salleh bersama kepimpinan dua parti komponen MCA dan MIC yang memberi komitmen bersama perayu undi Barisan Nasioanal. Melihat keadaan ini , dengan semangat yang ditunjukan di kalangan mereka beliau yakin Parti Barisan Nasional akan dapat kembali menerajui hati rakyat pada masa akan datang.


Merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan 2011






Hulu Selangor 6 MAc 2011 - Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor Sdr Mahmud Bin Karim hadir merasmikan dua mesyuarat Agung Tahunan 2011 di sini pada 5 dan 6 Mac 2011.
Di Kuala Kubu Baru beliau telah merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan cawangan Ampang Pecah pada 5-3-11 manakala 6-3-11 beliau hadir merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan cawangan Kampong Hulu Sg Choh. Selaku perasmi beliau berkesempatan memberi sedikit ucapan aluan kepada penduduk setempat yang hadir ke mesyuarat tersebut. Dalam ucapan beliau , Sdr Mahmud menyeru setiap cawangan supaya menambahkan daftar pemilih selewat-lewatnya 31 Marc ini dan memberi perhatian dan mendekati golongan muda supaya mendaftar selaku pengundi baru kerana kumpulan ini lebih mudah dikumpul kerana mereka lebih hampir dengan rakan-rakan sebaya dan membawa mereka ke arah hala tuju yang tepat. Beliau juga menyeru jika ada cawangan mempunyai masalah agar cepat menyelesaikan masalah itu dari yang besar kepada kecil dan berharap agar mereka kuatkan semangat dan tekad demi merampas semula Kerajaan Selangor ke tangan Barisan Nasional.

Beliau merasmikan Mesyuarat Agong Cawangan dan mengucapkan tahniah kepada kepimpinan cawangan

Futsal Persahabatan bersama Pemuda Sungai Dusun






Hulu Bernam 4 Mac 2011- Pergerakan Pemuda Umno Hulu Selangor telah megadakan perlawanan futsal persahabatan bersama Pemuda Umno Gugusan Sg Dusun.Perlawanan bertujuan mengeratkan lagi hubungan di kalangan pemuda di samping dapat berkumpul dan berkongsi idea dan pendapat yang terus disuarakan kepada pemimpin.Ketua Pemuda Umno Bahagian Sdr Mahmud Bin Karim mengucapkan tahniah kepada Ust Adli selaku ketua Pemuda di sini dan akan sentiasa memberi perhatian kepada semua generasi muda dengan kata-kata semangat agar generasi ini terus terbela dengan halatuju yang tepat.

Perlawanan yang bermula kira-kira jam 9.00 malam dan berakhir sekitar jam 11.30 malam

Tuesday, March 1, 2011

MP3 player