Sunday, May 30, 2010

Kejohanan Futsal Pemuda Umno Jelajah Hulu Selangor Gugusan Bukit Sentosa

Perlawanan Akhir
Bakawali Sports lwn Fitrah Fc Seroja



Johan
Bakawali Sports


Naib Johan
Fitrah fc Seroja


Sdr Mahmud bersama KC dan KP Gugusan Bukit Sentosa


30 Mei 2010 - Pasukan Bakawali Sport berjaya menjuarai Pertandingan Futsal Gugusan Pemuda Umno Hulu Selangor Gugusan Bukit Sentosa yang diadakan di Gelanggang Futsal Seri Bakawali Bukit Sentosa Hulu Selangor.

Perlawanan akhir dimenangi oleh pasukan Bakawali sport menewaskan pasukan Fitrah Fc dengan jaringan 2-1 dlm pemainan yg begitu sengit .Kedua -dua pasukan ini akan layak bertanding pada pusingan akhir Piala Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor untuk mewakili Gugusan Bukit Sentosa.

Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor Sdr Mahmud bin Karim telah hadir majlis penutup dan menyampaikan hadiah kepada pemenang diiringi oleh Ketua gugusan Sdr Azam bin Halal dan Ketua Pemuda Gugusan Sdr Abd Rahman bin Hashim.

Sdr Mahmud amat berbesar hati dengan dengan sambutan pemuda di sini kerana bagi beliau futsal bukanlah aktiviti sukan semata-mata ,namun ia dapat menjalinkan hubungan silaturrahim di kalangan pemain dan juga dapat mengisi masa lapang pemuda dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah.

Akhir kata beliau berharap golongan muda tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam program futsal yang akan diadakan di gugusan masing-masing.

Friday, May 28, 2010

Program Futsal Jelajah Kawasan Hulu Selangor

Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor sekali lagi dengan sukacitanya menganjurkan program untuk semua pemuda setempat didalam Hulu Selangor.Atas inisiatif Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor Saudara Mahmud Karim sendiri dan jawatankuasanya telah bersetuju untuk menganjurkan Pertandingan Futsal Peringkat Gugusan Hulu Selangor.
Pertandingan akan dijalankan di semua 22 gugusan di dalam Hulu Selangor dan akan berjalan mengikut DUN bermula dengan DUN Batang Kali di Gugusan Bukit Sentosa .
Pertandingan akan dijalankan pada setiap hari sabtu atau Ahad bermula pada 30 Haribulan Mei 2010.Yuran penyertaan yangtelah ditetapkan ialah RM 20 satu pasukan.Juara dan Naib Juara setiap gugusan akan diberikan Jersi yang berlogo Pemuda Umno Hulu Selangor sumbangan Ketua Pemuda akan layak secara otomatik untuk mewakili Gugusan tersebut bertanding di peringkat akhir Piala Ketua Pe muda yang hadiah dan tarikhnya akan di tentukan kelak.
Semua ketua Pemuda Gugusan dan Jawatankuasanya di minta agar bersiap sedia untuk dipilih sebagai Tuan rumah bagi pertandingan seterusnya.


Keterangan lanjut sila Berhubung terus dengan Pengelola:

Mohd Jefrin bin Mat Tu -0133652416
Asdi Ali -0196905698.

Sunday, May 23, 2010

Perlawanan Futsal Persahabatan 22 Mei 2010











Pergerakan Pemuda Umno Hulu Selangor yang diketuai oleh KP Mahmud Karim sekali lagi telah membuat jelajah kawasan dengan mengadakan perlawanan futsal persahabatan dan kali ini tempat yg dipilih ialah Gugusan Sungai Tengi Selatan. Perlawanan yang di anjurkan bertujuan untuk melawat kawasan dan berbincang berkaitan hal ehwal pemuda di peringkat akar umbi.




Perlawanan ini dilangsungkan di Gelanggang futsal milik Kementerian Belia dan Sukan yg baru sahaja dibina pada April lepas. Perlawanan persahabatan ini juga telah menarik minat ramai pemuda untuk hadir bermain bersama exco Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor. Di harap momentum sebegini dapat diteruskan di setiap kawasan yang akan dilawati oleh Pemuda Hulu Selangor. Jumpa di venue yg seterusnya...

Wednesday, May 12, 2010

Menghadiri Hari Ulangtahun Umno ke 64 di PWTC






Pergerakan Pemuda Umno Hulu Selangor mengucapkan Selamat menyambut Ulangtahun ke 64 UMNO .

Kata-kata dan amanah yg disampaikan oleh YAB Presiden Parti DS Najib akan menjadi inspirasi kepada kami untuk lebih bekerja keras memantapkan gerak kerja dan tanggungjawab kami terutamanya mendekati golongan muda agar terus menyokong kepimpinan Parti untuk terus bersama berjuang mengukuhkan kedudukan ke tahap yg lebih mantap. Hidup Umno!!!


Sunday, May 9, 2010

Retreat Pemuda Hulu Selangor 2010






Tanggal 8 Mei 2010 Pergerakan Pemuda Umno Hulu Selangor yang diketuai oleh Sdr Mahmud Karim telah mengadakan sebuah Program Retreat Pemuda bagi semua barisan exco Pemuda di Port Dickson . Selain dapat merapatkan hubungan sosial dikalangan exco setelah penat berjuang pada PRK baru- baru ini,program ini juga mampu memberi semangat agar mendorong kepada gerak kerja yang lebih mantap dikalangan Pemuda untuk menghadapi PRU akan datang.

Antara aktiviti2 yang dapat dijalankan sepanjang program seperti Perlawanan Persahabatan dengan Pemuda Umno Teluk Kemang, bersantai,berkaraoke,berenang, sukan dsb.

Retreat Pemuda berakhir pada 9 Mei 2010 apabila semua barisan exco berkumpul semula di Restoran Nelayan nasi Padang Seremban untuk makan tengahari sebelum masing2 bersurai.