Saturday, October 16, 2010

Program Futsal 1 Belia 1 Malaysia Parlimen Hulu Selangor Peringkat DUN Batang Kali
















16Oct2010 - Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah menjayakan satu program Futsal 1 Belia 1 Malaysia Parlimen Hulu Selangor Peringkat DUN Batang Kali. Program yang disertai oleh golongan belia ini mendapat sambutan yang amat baik di kalangan peserta yang mana futsal adalah sukan yang amat popular dan berpontensi membentuk golongan belia berwawasan dan menjadi satu landasan perpaduan rakyat .










Program yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor YB P.Kamalanathan diiringi Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Sdr Mahmud Bin Karim dan juga Pegawai Belia dan Sukan En Ibrahim.











Pasukan Ulu Yam Fc telah menjuarai pertandingan dengan menewaskan Kg Sungai Masin Fc dengan jaringan gol 2-1 dan majlis penyampaian Hadiah disampaikan oleh KP Bahagian Hulu Selangor Sdr Mahmud Bin Karim diiringi exco pemuda bahagian Sdr Jefrin Mat sekitar jam 6.00 Petang.











Monday, October 4, 2010

Futsal 1 Belia 1 Parlimen Hulu Selangor

Ahli Perlimen Hulu Selangor iaitu YB P Kamalanathan dengan kerjasama Pejabat Belia dan sukan Daerah Hulu Selangor dan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor dengan berbesar hati ingin menganjurkan Pertandingan Futsal Peringkat Parlimen yang dijalankan serentak di 3 DUN iaitu DUN Batang Kali, DUN Kuala Kubu Bharu dan DUN Hulu Bernam. Butir2 adalah seperti berikut:

DUN Batang Kali
Tarikh : 17 Oktober 2010 (Sabtu).
Lokasi : Gelanggang Futsal Bandar Utama Batang Kali.

DUN Kuala Kubu Bharu.
Tarikh : 18 Oktober 2010 (Ahad)
Lokasi : Gelanggang Futsal Taman Ampang Pecah KKB

DUN Hulu Bernam.
Tarikh : 18 Oktober 2010 (Ahad)
Lokasi : Padang Futsal Awam Hulu Bernam (Belakang Balai Polis)


Hadiah (Peringkat DUN)
Pertama : RM 200
Kedua : RM 150
Ketiga : RM 100
Keempat: RM 100

*Empat pasukan yang menang dari setiap DUN Layak Secara otomatik bertanding di Peringkat Parlimen yang dijadulkan seperti Berikut:

Peringkat Parlimen Hulu Selangor
Tarikh :24 Oktober 2010 (Ahad)
Lokasi : Gelanggang Futsal MIEL Batang Kali

Hadiah (Grand Final)
Juara : RM 750
Naib Juara : RM 500
Ketiga : RM 300
Keempat RM 300

Untuk Keterangan Lanjut/ Borang Penyertaan Sila hubungi

1) Mohd Jefrin Mat Tu- 0133652416 (DUN Batang Kali )
2) Asdi Ali - 0126707199 (DUN Kuala Kubu Bharu )
3) Mohd Hazrie- 0173428475 (DUN Hulu Bernam)
4)Farid Kamil- 0122389871 (DUN Hulu Bernam)
5)Pejabat Pemuda UMNO Bahagian 03-60645467

Yang menjalankan Tugas,
Asdi Bin Ali.
(Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor)

B/P : Saudara Mahmud Karim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO BAhagian Hulu Selangor
Merangkap Timbalan Pengerusi Pertandingan


Saturday, October 2, 2010

Jamuan Hari Raya anjuran bersama Yb ahli Parlimen , Pemuda Hulu Selangor dan KRT Ampang Pecah KKB











2 Okt 2010- Ketua Pemuda Hulu Selangor menghadiri Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran bersama Ahli Parlimen Yb Kamalanathan ,Pemuda UMNO Hulu Selangor dan KRT Taman Ampang Pecah Kuala Kubu Baru.








Tiba sekitar jam 9.30 malam , beliau turut beramah mesra dengan penduduk setempat di samping menjamu selera . Beliau juga mengucapkan Terima Kasih kepada Pengerusi Umno Taman Ampang Pecah Sdr Mohd Nor Abas.