Saturday, October 22, 2011

Perhimpunan sejuta umat

Sabtu 22 oktober 2011 bertempat di stadium Shah Alam Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor turut menyertai dengan menghantar 2 bas untuk menyokong untuk menyatukan umat islam dan menjaga akidah umat islam di Malaysia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, October 19, 2011

Penyerahan alatan sukan Gugusan KKB Selatan.

Rabu 19 Oktober 2011 jam 0930 malam bertempat di gelangang futsal Taman Tanjak, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor yang diketuai oleh Oleh Saudara Mahmud Karim telah menyerahkan alatan sukan berupa 2 biji bola futsal kepada pemuda gugusan KKB Selatan. Turut hadir pengerusi gugusan Pemuda KKB Selatan Saudara Romi Aziz dan Ketua PDM Ampang Pecah Saudara Amir Ali.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, October 16, 2011

Santai Bersama Pemuda Kg Baru A Hulu Bernam.

Ahad 15 Oktober 2011 bertempat di Gerai PLB Kg Baru A Hulu Bernam , Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor Saudara Mahmud Karim telah Santai bersama Pemuda Kg Baru A Hulu Bernam membincangkan isu-isu semasa dan hal-hal setempat. Pemuda UMNO Kg Baru A menyerahkan minit mesyuarat Perlantikan Pemangku Ketua Pemuda untuk cawangan Kg Baru A. Disamping Itu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor turut menyubangkan 2 biji Bola Futsal utk Pemuda disitu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, October 10, 2011

Penyerahan alatan sukan kpd penduduk sekitar Hulu Selangor

Isnin 10 oktober 2011. Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah memulakan penyerahan alatan sukan di sekitar Hulu Selangor. Penyerahan disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor Saudara Mahmud Karim. Lokasi yang telah dikenal pasti akan menerima sumbangan secara berperingkat.Lokasi pada Hari ini bertempat di gelanggang Takraw Taman Arowana Hulu Yam,Gelanggang Takraw Fasa Dua bandar utama Batang Kali, Padang Sekolah Syed Mashor dan Gelanggang futsal Fasa 1 Batang Kali.Program akan diteruskan ke lokasi2 lain.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, October 3, 2011

Pertandingan Bolasepak Padang Bawah 12 Tahun




Ahad 2 Oktober 2011 jam 9 pagi Bertempat di Kampung Sentosa Batang Kali , Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor telah menganjurkan Pertandingan Bolasepak Padang bawah 12 tahun tertutup kg Sentosa tang dipengerusikan oleh ketua Pemuda Kampung Sentosa Saudara Mohammed Nora Kamal. Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor hadir untuk merasmikan program pada jam 9 pagi.

Saturday, October 1, 2011

Sewang Merdeka Di Perkampungan orang Asli Kuala Kerling.

Sabtu 1 Oktober 2011 jam 8 malam bertempat Di perkampungan orang asli kuala Kerling,  Pergerakan Pemuda Umno. bahagian hulu selangor telah menganjurkan program sewang merdeka yang. dipengerusikan oleh naib ketua pemuda Umno bahagian hulu selangor saudara Yusri Ishak.  Program bertujuan meraikan kaum orang asli dengan memberI sumbangan kepada semua penduduk disitu.  Turut hadir Ahli  Parlimen Hulu selangor Tuan P.Kamalanathan, ketua Pemuda saudara  Mahmud karim Dan exco.

Thursday, September 29, 2011

Program Sewang Merdeka Di Kampung Orang Asli Pertak

Isnin 26 September 2011 Jam 5 petang , Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah menganjurkan Program Jamuan Hari Raya dan Sewang Merdeka di Kampung Asli Pertak Kuala Kubu Bharu yang di pengerusikan oleh Saudara Izharuddin (Penyelaras DUN KKB merangkap Exco Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor ). Program bertujuan untuk mendekati masyarakat orang asli dan barisan pimpinan Barisan Nasional Hulu Selangor. Turut Hadir Ketua Pergerakan Pemuda Saudara Mahmud Karim, Ahli Parlimen YB P Kamalanathan , YB Wong Koon Mun , Yb Dato Mhammed Idris Abu Bakar dan barisan Pimpinan yang lain.




Open House raya Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor

Jumaat 23 September 2011 jam 2.00 petang , Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah menganjurkan Jamuan hari raya Pemuda Umno bersama Puteri Umno Bahagian bertempat di Pejabat UMNO Bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu.Pergerakan Pemuda juga memberi sumbangan duit hari raya kepada kanak-kanak yang hadir.Turut hadir Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor Dato' Haji Mohammed Idris Abu Bakar, Timbalan Umno Bahagian Datuk Isa Abu Kassim dan semua Exco dan Ajk Bahagian. Jamuan Berakhir jam 5 petang.









Program Kacau Dodol DUN Batang Kali Batang Kali





Batang Kali 28/8/2011 Bertempat di KAmpung Sentosa Batang Kali ,Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah menganjurkan satu program Kacau Dodol aidilfitri sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri 2011.Dalam Program tersebut Pemuda Kg Sentosa Batang Kali telah memasak 3 kawah dodol untuk diedarkan kepada penduduk sekitar Kg Sentosa dan Kg Tengah .Hadir bersama menjayakan program Ahli Parlimen YB Tuan P Kamalanathan ,Ketua Pemuda Bahagian Sdr Mahmud Karim,Ketua Pemuda Kg Sentosa Saudara Nora Akma , Exco Bahagian Sdr Izharuddin Dato' Tajuddin dan SUK Pemuda Bahagian Sdr Asdi Ali

Sunday, September 4, 2011

Program Merdeka Raya di Kg Org asli Serigala Hulu Bernam.

Ahad 5 Ogos 2011 jam 9 malam di Kg Asli Serigala Hulu Bernam telah diadakan program Sewang Merdeka Raya anjuran Pejabat DUN Hulu Bernam. Pengisian program ini bertujuan untuk mendekati pengundi-pengundi orang asli di Hulu Selangor. Wakil rakyat Hulu Bernam Dato Mohammed Idris Abu Bakar turut memberi sumbangan Raya kepada penduduk tempatan. Turut Hadir Ketua Pemuda Umno Bahagian Saudara Mahmud Karim, Ketua Cawangan Kg Serigala Encik Zaini, Pengerusi Jkkkp Selisek dan barisan Pimpinan Umno Bahagian Hulu Selangor. Program tamat jam 1030 malam.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, September 1, 2011

Program Bakar Lemang Aidilfitri Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor






Kuala Kubu Bharu -27/8/2011 Bertempat di PDM Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu ,Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah menganjurkan satu program bakar lemang aidilfitri sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri 2011.Dalam Program tersebut PDM Ampang Pecah turut mengadakan masakan bubur lambuk yang diketuai oleh ketua Wanita cawangan merangkap Pengerusi Gugusan KKB Selatan Pn Radiah Hashim.Hadir bersama menjayakan program Ahli Parlimen YB Tuan P Kamalanathan ,ADUN KKb YB Tuan Wong Koon Mun ,Naib Ketua Pemuda Bahagian Sdr Yusri Ishak,SUK Pemuda Bahagian Sdr Asdi Ali ,Ketua Puteri Umno Bahagian Pn Zahana Hamzah ,Ketua PDM Ampang Pecah En Mohd Nor Abas dan Ketua PDM Pemuda Ampang Pecah 1 & 2 Sdr Amir Ali & Wan Fairuz serta Exco Bahagian Sdr Izharuddin Dato' Tajuddin.