Wednesday, August 24, 2011

Moreh Bersama Pemuda Umno Gugusan Kuala Kubu Selatan






Kuala Kubu Bharu 23/8/11- Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah menganjurkan Majlis Moreh bersama Penduduk KKB Selatan yang bertempat di Restoran Seri Mutiara Kuala Kubu Baru.Majlis yang dipengerusikan oleh sdr Rosmi dimulakan sekitar jam 9.30 malam dihadiri hampir 50 orang pemuda termasuk beberapa pimpinan cawangan.Turut hadir bersama ADUN KKB Yb Tuan Wong Koon Mun dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Sdr Mahmud Karim.

Saturday, August 20, 2011

Moreh Bersama Penduduk Gugusan Hulu Yam

Sabtu 20 Ogos 2011 jam 10 malam, Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah menganjurkan Program Moreh bersama penduduk gugusan Hulu Yam yang dipengerusikan oleh Saudara Muhammad Shaiful (Pengerusi Gugusan Pemuda/Ketua Cawangan Taman Seri Liam). Penyemakan senarai daftar pengundi juga dibuka untuk para hadirin yyang hadir .Turut hadir YB Mohd Isa Bin Abu Kassim (ADUN Batang Kali) , Saudara Mahmud Karim (Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor), Saudara Mohd Jefrin Bin Mat Tu (Pegawai Khas Ketua Pemuda) dan pimpina tempatan yang lain. Majlis tamat kira jam 11 malam . kehadiran kira-kira 50 orang.





Majlis Berbuka Puasa Bersama Penduduk Gugusan BAndar Utama Batang kali

Sabtu 20 Ogos 2011 jam 0630 petang bertempat di Fasa 1 Bandar Utama Batang Kali, Pemuda Umno Bahagian Hulu selangor telah menganjurkan Program berbuka puasa bersama Penduduk Gugusan Bandar Utama Batang Kali yang dipengerusikan oleh Saudara Mohd Jefrin Bin Mat Tu (Ketua Cawangan fasa 1 Bandar Utama Batang Kali merangkap Exco Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor)). Turut Hadir Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian hulu Selangor Saudara Mahmud karim,Pengerusi Gugusan Bandar Utama Batang Kali Encik Sahren,Ketua Cawangan Taman Seri Liam Saudara Muhammad Shaiful dan Pemimpin tempatan yang lain.Program berakhir jam 8 malam .Jumlah kehadiran kira-kira 50 orang.




Program Kacau Dodol Pemuda Gugusan Sg Dusun

Jumaat 19 ogos 2011 jam 11 malam bertempat di Balairaya Felda Soeharto, Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah menganjurkan Program Kacau Dodol untuk penduduk Gugusan Sungai Dusun yang dipengerusikan oleh Ustaz Adli (Pengerusi Gugusan Pemuda Sg Dusun). Sebanyak 3 kawah dodol dibuat untuk diedarkan untuk penduduk sekita gugusan Sg Dusun. Turut hadir Pengerusi Gugusan Sg Dusun Encik Zainuddin Mat Naan, Ketua Peti daerah Mengundi Saudara Manap, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Saudara Mahmud karim, Pegawai Khas Saudara Mohd Jefrin, SUK Pemuda Saudara Asdi Ali, Pengerusi Gugusan Pemuda Hulu Yam Saudara Muhammad Shaiful serta penduduk tempatan.Program berakhir jam 3 pagi Jumlah kehadiran kira-kira 50 orang.





Friday, August 19, 2011

Majlis Moreh bersama Penduduk Gugusan Kerling

Jumaat 19 ogos 2011, jam 10 malam bertempat di Masjid Kerling, Pemuda Uno Hulu Selangor telah menganjurkan majlis moreh bersama penduduk Gugusan Kerling bertempat di Masjid Kerling yang dipengerusikan oleh Pengerusi Gugusan Kerling Encik Haji Ali Bin Manan. Turut hadir Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor  Saudara Mahmud Karim, SUK Pemuda Saudara Asdi Ali, dan Pengerusi Gugusan Pemuda Hulu Yam Saudara Muhammad Shaiful. Jumlah kehadiran kira-kira 30 orang.

Majlis Berbuka Puasa bersama Penduduk Gugusan Kuala Kubu Utara

Jumaat 19 ogos 2011 jam 06.30 petang bertempat di Balairaya Taman Teratai Kuala Kubu Bharu, Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangortelah menganjurkan Program Berbuka Puasa yang dipengerusikan oleh Pengerusi Gugusan Pemuda Kuala Kubu Utara Saudara Shamsul Kaha. Turut Hadir Pengerusi Gugusan Kuala Kubu Utara iaitu Ustaz Kassim, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Saudara Mahmud Karim, Naib Ketua Pemuda Bahagian Saudara Yusri Ishak, Ahli Jawatankuasa Bahagian Hulu Selangor Encik Azizul Khir, Exco Pergerakan Pemuda Bahagian Hulu Selangor Saudara Izharuddin,Saudara Jefrin , Pengerusi Gugusan Pemuda Kuala Kubu Selatan Saudara Romi dan SUK Pemuda Saudara Asdi Ali. Jumlah kehadiran kira-kira 35 orang.

Thursday, August 18, 2011

Moreh bersama Penduduk Gugusan Bandar Sg Buaya

Khamis 18 Ogos 2011 jam 1030 malam bertempat di Restoran Serambi Taman Koskan Sg Buaya, Pemuda Umno Hulu Selangor telah menganjurkan Program Moreh gugusan Bandar Sg Buaya yang dipengerusikan oleh Pengerusi Gugusan Pemuda Saudara Norhisham . Kira-kira 50 orang Pemuda yang hadir. Turut Hadir Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Saudara Mahmud Karim, Pengerusi Gugusan Bandar Sg Buaya Encik Hairuddin Majusi, Pengerusi Gugusan Wanita Bandar Sg Buaya Puan Nooraini Ahmad, Pengerusi Gugusan Puteri Nur Intan Syafinas, Pengerusi Tetap Pemuda Bahagian Saudara Ahmad Jeffry, Ketua Cawangan Mohamad Bin Ghaffar ketua cawangan Kembojasari, Pegawai Khas kpd Ketua Pemuda Saudara Mohd Jefrin dan SUK Pemuda Saudara Asdi Ali.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, August 16, 2011

Majlis Berbuka Puasa di Felda Sg Dusun






Hulu Bernam 16/8/11 - Majlis berbuka puasa telah diadakan bertempat di Dewan Felda Sg Dusun.Dengan kerjasama Pemuda Umno , Puteri,MBD dan MBFM majlis dihadiri lebih 150 orang penduduk.Majlis turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan juga semua peneroka felda yang disampaikan oleh Adun Hulu Bernam YB Dato'Idris Abu Bakar dan Ahli Parlimen Yb Tuan P Kamalanathan.Turut hadir Ketua Pemuda Umno Bahagian Sdr Mahmud Karim,Ketua Puteri Umno Bahagian Pn Zahana Hamzah dan beberapa pimpinan yang lain.

Majlis Moreh Bersama Penduduk Gugusan Hulu Bernam.

Selasa 16 ogos 2011, jam 10 malam, bertempat di Madrasah Kg Baru A Hulu Bernam telah dianjurkan Program Moreh Anjuran Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor yang dipengerusikan oleh Pengerusi Gugusan Pemuda Saudara Fathi Kamil. Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Saudara Mahmud Karim hadir bersama rombongan iaitu Penolong setiausaha Saudara Kamaruzzaman dan Setiausaha Kerja saudara Asdi Ali.Turut Hadir Cikgu Osman bekas Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor dan Pemimpin tempatan yang lain. Jumlah Kehadiran seramai 50 orang.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, August 13, 2011

Moreh Pemuda Bukit Sentosa Barat di Anjung Cafe Bukit Beruntung






Batang Kali 13/8/11 - Program Pemuda Umno Bahagian diteruskan dengan moreh pemuda Bukit Sentosa Barat bertempat di Anjung Cafe Bukit Beruntung.Bermula jam 10.30 malam , majlis sekadar bersantai dihadiri hampir 40 orang pemuda dan pemimpin cawangan.Turut memeriahkan majlis Adun Batang Kali Yb Datuk Mohd Isa ,Ketua Pemuda Bahagian Sdr Mahmud Karim,hadir bersama Ketua Pemuda Gugusan Sdr Edinoor dan beberapa exco pemuda bahagian.

Berbuka Puasa Pemuda Umno di Bukit Sentosa Timur






Batang Kali 13/8/11 - Meneruskan Program Pemuda Umno Bahagian kali ini di Bukit Sentosa Timur.Bertempat di Surau Nursyakiran majlis berbuka puasa dimulakan dengan bacaan tahlil pada jam 6.00 petang diikuti berbuka puasa dan sembahyang maghrib berjemaah.Majlis dihidangkan dengan kuih muih dan Nasi Dagang Terengganu dihadiri lebih 80 orang belia termasuk wanita dan cawangan.Turut hadir Ketua Pemuda Bahagian Sdr Mahmud Karim,Pengerusi Gugusan Sdr Nasir,En Azman,En Baharudin,Setiausaha Wanita Umno Bahagian Pn Badariah dan beberapa Exco Pemuda Bahagian.