Thursday, June 23, 2011

Perjumpaan Menentang ' BERSIH ' bersama Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor



Shah Alam 23/6/11 - Ketua Pemuda Umno Negeri Selangor , Ungku Salleh Ungku Jamal telah mengadakan satu perjumpaan khas bersama pimpinan pemuda negeri Selangor dan NGO bagi membincangkan strategi untuk berhimpun dalam menentang perarakan BERSIH yang akan berlaku pada 9/7/11 ini. Perarakan yang dijangka akan terjadi itu akan ditentang habis-habisan oleh Pemuda Umno dan NGO seluruh negeri Selangor dan memberitahu PemudaUmno tidak gentar dengan ugutan puak pembangkang .Dalam sidang akbar tersebut, beliau sekali lagi menegaskan keputusan ini tidak akan beganjak selagi mereka iaitu pembangkang mengingkari arahan Kerajaan Pusat dan Polis.

Besama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di TKPM Ulu Yam Batang Kali






Ulu Yam 23/6/11 - Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor ,Mahmud Karim hadir dalam Program Tinjauan Ke Ladang ,Taman Kekal Pengeluaran Makanan ( TKPM) Ulu Yam , Selangor oleh Timbalan Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyidin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ,Dato'Seri Noh Omar pada 23/6/11 jam 8.30 pagi.Selain melawat ladang yang keluasanya hampir 200 ekar ,program turut mengadakan sesi Dialog antara wakil pengusaha-pengusaha ladang bersama TPM dan Menteri yang hadir.

Menghadiri Majlis Program TEKUN Selangor bersama Dato' Seri Noh Omar




Subang 22/6/11- Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah hadir ke majlis perjumpaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani , YB Dato'Seri Noh Omar bersama Pemimpin-pemimpin Kelab Komuniti Usahawan Tekun Negeri Selangor yang diadakan di Hotel Summit USJ Subang pada 22/6/2011 jam 8.30 malam.Dato' Seri Noh Omar turut melancarkan perkhidmatan pinjaman menerusi Online bagi memudahkan bakal-bakal usahawan memohon pinjaman tersebut.

Monday, June 20, 2011

Perjumpaan Bersama Ketua dan KP PDM Hulu Kali






Batang Kali 20/6/11- Ketua Pemuda Umno Bahagiaan Hulu Selangor merangkap Pengerusi PDM Pemuda Umno Bahagian telah mengadakan satu perjumpaan bersama ketua PDM dan semua Ketua Pemuda Cawangan PDM Hulu Kali di Desa Alam Ria Batang Kali .Perjumpaan sambil bersantai di samping memperkenalkan Yusof sebagai Ketua PDM Hulu Kali pada PRU ke 13 akan datang.Dalam Ucapan beliau ,Mahmud menerangkan kepada semua Ketua Pemuda yang hadir bahawa agar memberi komitmen pada tugas disamping bekerjasama dalam merancang gerak kerja yang terbaik.Beliau juga mengharapkan Pemuda lebih aktif mengenalpasti aktiviti yang harus diberi perhatian kepada golongan muda.Turut hadir Ketua Pemuda Dzulkifly Idrus dan beberapa AJK Pemuda Bahagian Hulu Selangor

Sunday, June 19, 2011

Kejohanan Bowling Pemuda Umno Tertutup Aparment Anggerik






Bukit Beruntung 19/6/2011- Pemuda Umno Cawangan Aparment Anggerik telah menganjurkan Kejohanan Bowling tertutup Aparment anggerik di sini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 1.30 petang . Hadiah disampaikan oleh Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Kamarulzaman yang mewakili Ketua Pemuda Umno Bahagian Mahmud Bin Karim yang tidak dapat hadir kerana terikat dengan urusan lain. Menurut Ketua Pemuda Cawangan Anggerik ,Muhamad Tarmizi Hashim program ini adalah program yang ke-2 mereka bagi merapatkan semula hubungan antara satu sama lain juga bertujuan menguatkan jentera mereka bagi menghadapi PRU ke 13 akan datang.

Friday, June 17, 2011

Menghadiri Tahlil Arwah di Rumah Shaiful Ketua Cawangan Tmn Seri Liam































Ulu Yam Bharu 16/6/11 - Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor , Mahmud Bin Karim telah hadir ke majlis tahlil arwah bapa kepada Shaiful Ketua Cawangan Taman Seri Liam ,Ulu Yam Bharu.Majlis turut dihadiri oleh Harumaini dan beberapa AJK Bahagian antaranya Zainuddin Mat Naan.Untuk itu , Mahmud telah mennghulurkan sedikit sumbangan sebagai sumbangan dari Pemuda.

Monday, June 13, 2011

Melawat Kematian Ketua Cawangan Kg Tanjung Sg Choh Allahyarham Anuar Zainuddin





Sg Choh 12/6/11- Al-Fatihah , Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor , Mahmud Bin Karim hadir melawat Allahyarham Anuar Bin Zainuddin Ketua Cawangan Umno Kg Tanjung Sg Choh yang meninggal dunia pada petang tadi . Bagi pihak Media kami mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham.

Sunday, June 12, 2011

Menghadiri Undangan Perkahwinan di Felda Sg Tengi




Hulu Bernam 12/6/11- Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor , Mahmud Bin Karim telah menghadiri satu Majlis Perkahwinan di Sg Tengi undangan En Azhar bekas Ketua Pemuda Sg Tengi.Turut hadir Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor Yb Dato'Mohamed Idris Bin Bakar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Bernam.

Program Community Policing dan Perasmian Silat Pendekar Bertuah






Batang Kali 12 Jun 2011, Bertempat di Balairaya Taman Seri Batang Kali, Satu Program Bercirikan kemasyarakatan iaitu "Program Community Policing dan Perasmian Silat Pendekar Bertuah" telah dianjurkan oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Saudara Mahmud Bin Karim dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor.Program ini dirasmikan oleh Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Tun Hisan Tun Hamzah. Turut menghadiri di program tersebut ialah Dato Idris Bakar (ketua Umno Bahagian Hulu Selangor/ ADUN Hulu Bernam),Dato' Wira Haji Ayub Haji Yaakob (Ketua Polis Pulau Pinang), Tuan Supt Norel Azmi Bin Yahya Affandi(Ketua Polis Hulu Selangor). Yb Datuk Mohd Isa Bin Abu Kassim (ADUN Batang Kali), Dato Zainal Bin Sakom , Yb Tuan Wong Koon Mun (ADUN Kuala Kubu Bharu) , Exco Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor , Ketua PDM dan masyarakat setempat. Program ini tutut mendapat perhatian dengan Kehadiran Datuk K dan Datuk Siti Nurhaliza. Program yang menerapkan perpaduan dan kerjasama masyarakat dan Polis untuk membenteras jenayah yang berlaku di kawasan persekitaran. Selain itu turut diadakan Perasmian Pertubuhan Silat Pendekar Bertuah dan penghormatan kpd Pak Bukhari sebagai Mahagurunya dan lantikan Saudara Hairuddin sebagai Panglima.

Kejohanan Bowling Pemuda Umno Kg Sg Masin Batang Kali






Bukit Beruntung 12 Jun 2011- Pemuda Umno Kg Sg Masin telah menganjurkan kejohanan Bowling Pemuda tertutup yang diadakan di Kelab Golf Bukit Beruntung bermula jam 9.00 pagi.Hadir pada kejohanan adalah Ketua Pemuda Bahagian Mahmud Bin Karim dan juga Yb Kamalanathan yang turut menyampaikan hadiah kejohanan.Menurut Ketua Pemuda cawangan Dzulkifly Bin Idrus program yang diadakan bertujuan mendekatkan golongan pemuda dengan aktiviti-aktiviti berfaedah di samping dapat mewujudkan satu silaturahim antara satu sama lain dan semangat bekerjasama.Kejohanan berakhir sekitar jam 3.00 petang

Wednesday, June 8, 2011

Program Sarapan Pagi Pimpinan BN Hulu Selangor bersama Belia Rasa






Rasa 4/6/11- Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Hadir pada satu program sarapan pagi pimpinan Barisan Nasional Hulu Selangor bersama Belia Rasa di perkarangan rumah Pn Fatimah salah seorang penduduk yang terpilih dalam program bantuan baikpulih rumah yang ditaja oleh 1MDB ( 1 Malaysia Development Berhad ) .Majlis turut dihadiri oleh Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor YB Dato' Mohamed Idris Bakar , Timbalan YB Datuk Mohd Isa Kasim dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Zulkarnain Hanit .

Tuesday, June 7, 2011

Santai bersama Pemuda-Pemuda Batang Kali .






Batang Kali 30/5/11 - Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor ,Mahmud Bin Karim sekali telah mengadakan satu program santai bersama pemuda yang diadakan disebuah Restoran di Ligamas anjuran JASA baru-baru ini.Sekurang-kurangnya 70-80 orang hadir bersama bersembang dan berbincang hal-hal pemuda disamping dapat mengenal pasti masalah dan merancang aktiviti-aktiviti yang diminati oleh golongan muda agar mudah dilaksanakan bersama.Turut hadir ADUN Batang Kali YB Datuk Mohd Isa Bin Kasim.Program dimulakan jam 9.00 malam bersurai sekitar Jam 12.00 malam