Sunday, June 12, 2011

Program Community Policing dan Perasmian Silat Pendekar Bertuah






Batang Kali 12 Jun 2011, Bertempat di Balairaya Taman Seri Batang Kali, Satu Program Bercirikan kemasyarakatan iaitu "Program Community Policing dan Perasmian Silat Pendekar Bertuah" telah dianjurkan oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Saudara Mahmud Bin Karim dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor.Program ini dirasmikan oleh Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Tun Hisan Tun Hamzah. Turut menghadiri di program tersebut ialah Dato Idris Bakar (ketua Umno Bahagian Hulu Selangor/ ADUN Hulu Bernam),Dato' Wira Haji Ayub Haji Yaakob (Ketua Polis Pulau Pinang), Tuan Supt Norel Azmi Bin Yahya Affandi(Ketua Polis Hulu Selangor). Yb Datuk Mohd Isa Bin Abu Kassim (ADUN Batang Kali), Dato Zainal Bin Sakom , Yb Tuan Wong Koon Mun (ADUN Kuala Kubu Bharu) , Exco Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor , Ketua PDM dan masyarakat setempat. Program ini tutut mendapat perhatian dengan Kehadiran Datuk K dan Datuk Siti Nurhaliza. Program yang menerapkan perpaduan dan kerjasama masyarakat dan Polis untuk membenteras jenayah yang berlaku di kawasan persekitaran. Selain itu turut diadakan Perasmian Pertubuhan Silat Pendekar Bertuah dan penghormatan kpd Pak Bukhari sebagai Mahagurunya dan lantikan Saudara Hairuddin sebagai Panglima.

No comments:

Post a Comment