Sunday, May 23, 2010

Perlawanan Futsal Persahabatan 22 Mei 2010











Pergerakan Pemuda Umno Hulu Selangor yang diketuai oleh KP Mahmud Karim sekali lagi telah membuat jelajah kawasan dengan mengadakan perlawanan futsal persahabatan dan kali ini tempat yg dipilih ialah Gugusan Sungai Tengi Selatan. Perlawanan yang di anjurkan bertujuan untuk melawat kawasan dan berbincang berkaitan hal ehwal pemuda di peringkat akar umbi.




Perlawanan ini dilangsungkan di Gelanggang futsal milik Kementerian Belia dan Sukan yg baru sahaja dibina pada April lepas. Perlawanan persahabatan ini juga telah menarik minat ramai pemuda untuk hadir bermain bersama exco Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor. Di harap momentum sebegini dapat diteruskan di setiap kawasan yang akan dilawati oleh Pemuda Hulu Selangor. Jumpa di venue yg seterusnya...

No comments:

Post a Comment