Sunday, May 30, 2010

Kejohanan Futsal Pemuda Umno Jelajah Hulu Selangor Gugusan Bukit Sentosa

Perlawanan Akhir
Bakawali Sports lwn Fitrah Fc Seroja



Johan
Bakawali Sports


Naib Johan
Fitrah fc Seroja


Sdr Mahmud bersama KC dan KP Gugusan Bukit Sentosa


30 Mei 2010 - Pasukan Bakawali Sport berjaya menjuarai Pertandingan Futsal Gugusan Pemuda Umno Hulu Selangor Gugusan Bukit Sentosa yang diadakan di Gelanggang Futsal Seri Bakawali Bukit Sentosa Hulu Selangor.

Perlawanan akhir dimenangi oleh pasukan Bakawali sport menewaskan pasukan Fitrah Fc dengan jaringan 2-1 dlm pemainan yg begitu sengit .Kedua -dua pasukan ini akan layak bertanding pada pusingan akhir Piala Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor untuk mewakili Gugusan Bukit Sentosa.

Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor Sdr Mahmud bin Karim telah hadir majlis penutup dan menyampaikan hadiah kepada pemenang diiringi oleh Ketua gugusan Sdr Azam bin Halal dan Ketua Pemuda Gugusan Sdr Abd Rahman bin Hashim.

Sdr Mahmud amat berbesar hati dengan dengan sambutan pemuda di sini kerana bagi beliau futsal bukanlah aktiviti sukan semata-mata ,namun ia dapat menjalinkan hubungan silaturrahim di kalangan pemain dan juga dapat mengisi masa lapang pemuda dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah.

Akhir kata beliau berharap golongan muda tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam program futsal yang akan diadakan di gugusan masing-masing.

No comments:

Post a Comment