Sunday, March 6, 2011

Merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan 2011






Hulu Selangor 6 MAc 2011 - Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor Sdr Mahmud Bin Karim hadir merasmikan dua mesyuarat Agung Tahunan 2011 di sini pada 5 dan 6 Mac 2011.
Di Kuala Kubu Baru beliau telah merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan cawangan Ampang Pecah pada 5-3-11 manakala 6-3-11 beliau hadir merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan cawangan Kampong Hulu Sg Choh. Selaku perasmi beliau berkesempatan memberi sedikit ucapan aluan kepada penduduk setempat yang hadir ke mesyuarat tersebut. Dalam ucapan beliau , Sdr Mahmud menyeru setiap cawangan supaya menambahkan daftar pemilih selewat-lewatnya 31 Marc ini dan memberi perhatian dan mendekati golongan muda supaya mendaftar selaku pengundi baru kerana kumpulan ini lebih mudah dikumpul kerana mereka lebih hampir dengan rakan-rakan sebaya dan membawa mereka ke arah hala tuju yang tepat. Beliau juga menyeru jika ada cawangan mempunyai masalah agar cepat menyelesaikan masalah itu dari yang besar kepada kecil dan berharap agar mereka kuatkan semangat dan tekad demi merampas semula Kerajaan Selangor ke tangan Barisan Nasional.

Beliau merasmikan Mesyuarat Agong Cawangan dan mengucapkan tahniah kepada kepimpinan cawangan

No comments:

Post a Comment