Pemuda UMNO Hulu Selangor telah menganjurkan majlis sambutan Tahun Baru 2010 di Bandar Sg Buaya pada 31.12.2009 jam 6.30ptg. Majlis dimulakan dengan sembahyang maghrib berjamaah, diikuti bacaan yassin, ceramah agama dan sembahyang isyak berjamaah. Terimakasih diucapkan kepada semua hadirin yang dapat menghadirkan diri pada majlis tersebut. Majlis seperti ini akan diteruskan pada masa-masa yang akan datang.
Thursday, December 31, 2009
Sunday, December 27, 2009
PROGRAM CERAMAH PERDANA ''WACANA PENDETA"
UMNO Bahagian Hulu Selangor telah menganjurkan ceramah perdana di Felda Sg Dusun pada 27.12.09. Ceramah telah disampaikan oleh ustaz Kamal Saidin. Turut hadir YB Ketua Bahagian, YB Timbalan Ketua Bahagian, Saudara Ketua Pemuda Bahagian, Naib Ketua Wanita Bahagian, Ketua Puteri Bahagian serta Pegawai JASA Daerah Hulu Selangor. Turut hadir penduduk-penduduk Felda Sg Dusun, Gedangsa, Sg Tengi dan kawasan sekitar. Program diakhiri dengan laungan "HIDUP UMNO" sebanyak tiga kali dan disambut dengan penuh bersemangat oleh para hadirin.
Friday, December 25, 2009
PERLANCARAN UNIT PIDATO PEMUDA UMNO HULU SELANGOR
Pemuda UMNO Hulu Selangor telah melancarkan Unit Pidato Pemuda pada 25.12.2009. Perlancaran disempurnakan oleh saudara Ketua Pemuda Mahmud b. Karim. Unit Pidato diketuai oleh saudara Naib Ketua Pemuda Yusri b. Ishak. Tujuan Unit ini adalah untuk melatih pemuda-pemuda supaya dapat berpidato dengan lebih yakin lagi. Dalam ucapan perasmian Saudara Ketua Pemuda berharap agar Unit Pidato dapat menerangkan kepada rakyat tentang segala penipuan dan salah laku yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rasuah Selangor. Semuga Unit Pidato dapat melaksanakan segala amanah yang diberi. Salam 1Malaysia.
Wednesday, December 23, 2009
PROGRAM ZIARAH PEMUDA UMNO DI SG KERANDANG
Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor telah mengadakan program ziarah ke Sg Kerandang pada 23.12.2009. Tujuan utama program tersebut adalah untuk mengetahui permasaalahan yang dihadapi oleh penduduk tersebut. Antara keperluan utama penduduk tersebut adalah keperluan asas seperti jalanraya, elektrik dan bekalan air. Perkara tersebut telah diambil perhatian oleh saudara Ketua Pemuda Bahagian En. Mahmud B. Karim. Beliau akan membawa perkara ini ke pengetahuan pihak atasan seperti ADUN Kuala Kubu Bharu. Beliau juga akan memaklumkan kepada Ketua Bahagian YB Dato Hj Mohamed Idris B. Abu Bakar. Harapan Pemuda UMNO adalah supaya masalah tersebut dapat diselesaikan agar penduduk di Sg Kerandang dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna.
Sunday, December 20, 2009
KEJOHANAN FUTSAL PIALA DATO SERI HJ NOH OMAR
Pemuda UMNO Hulu selangor telah menyertai kejohanan futsal Piala Dato Seri Hj Noh Omar. Kejohanan berlangsung di Subang Sport Planet. Didalam kejohanan tersebut pasukan futsal exco Hulu Selangor telah berjaya hingga ke peringkat suku akhir. Tahniah kepada pemain-pemain yang mewakili pasukan futsal exco Pemuda Hulu Selangor.
Wednesday, December 16, 2009
MESYUARAT TAHUNAN MAJLIS BELIA DAERAH HULU SELANGOR
Majlis Belia Daerah Hulu Selangor telah mengadakan mesyuarat tahunan pada 16.12.09 di Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu. Kehadiran perwakilan amat menggalakkan. Tahniah diucapkan kepada seluruh jawatankuasa dan perwakilan kerana berjaya mengadakan mesyuarat tersebut. Perasmian telah disempurnakan oleh Ybhg Dato G.Palanivel Penyelaras Parlimen Persekutuan Hulu Selangor.
Saturday, December 12, 2009
15 ribu menghadiri perhimpunan menyokong Anwar.
Subscribe to:
Posts (Atom)
