Tuesday, May 24, 2011

Menghadiri Majlis Sambutan Hari Ulangtahun kelahiran Bapa En Nizam



BatangKali 23/5/11 - Sempena sambutan hari bapa Ketua Pemuda Bahagian Hulu Selangor ,Mahmud bin Karim hadir ke majlis sambutan ulangtahun kelahiran bapa kepada En Nizam pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Hulu Selangor Yb Kamalanathan. Majlis yang diadakan sekitar jam 8.30 malam dihadiri oleh rakan-rakan dan jiran turut dihadiri Yb Kamalanathan dan beberapa orang wakil wanita dan pemuda bahagian Hulu Selangor.

Saturday, May 21, 2011

Menghadiri Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Hulu Selangor






Genting Highland 22/5/2011 - Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor,YBhg Mahmud Bin Karim telah menghadiri mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Hulu Selangor 2011 bertempat di Institut Aminuddin Baki , Genting Highland.Turut hadir bersama Ahli Parlimen Hulu Selangor Yb Kamalanathan,ADUN Hulu Bernam merangkap Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor YB Dato'Mohamad Idris Abu Bakar dan Timbalan YB Datuk Mohd Isa Kasim.Semua Perwakilan Puteri Hulu Selangor berkumpul di Dewan IAB diketuai oleh Ketua Puteri BAhagianHulu Selangor ,Zahana Hamzah .Mesyuarat dirasmikan oleh YB Dato' Mohd Idris Abu Bakar.

Sunday, May 15, 2011

Pertandingan Futsal Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor DUN Batang Kali





Bukit Beruntung 15/5/11 - Pertandingan Futsal Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor DUN Batang Kali telah diadakan di Gelanggang Futsal Pangsapuri Anggerik Bukit Sentosa hari ini susulan dua pertandingan yang telah berlansung pada 8 May 2011 di dua DUN iaitu DUN Kuala Kubu Bharu dan DUN Hulu Bernam.Perlawanan yang berlansung pada jam 8.00 pagi dirasmikan oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Mahmud Bin Karim .Seramai 16 Pasukan telah mengambil bahagian di mana perlawanan dimenangi oleh pasukan KLG FC A dari Bukit Sentosa . Pemenang bagi Setiap DUN akan mewakili Parlimen Ke Putrajaya pada Jun akan datang

Pemuda Umno Hulu Selangor mewakili Negeri di Bahagian Subang




Sg Buloh 14May2011-Seramai 20 orang rombongan dari Hulu Selangor terdiri daripada exco pemuda Umno Bahagiaan Hulu Selangor menghadiri mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Subang sebagai wakil negeri di Sekolah Vokasional Paya Jaras Sg Buloh.Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 9.00 malam dimulakan dengan ucapan Ketua Pemuda Subang diikuti ucapan Ketua Bahagian sebelum dirasmikan oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia Dato'Seri Reezal Merican pada jam 9.45 malam.Mesyuarat berakhir sekitar jam 12.00 malam

Thursday, May 12, 2011

Laporan Polis terhadap Fitnah dan tiruan tandatangan































Kuala Kubu Bharu 11/5/11 - Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor bersama Bahagian,Puteri dan Wanita telah membuat laporan Polis berhubung kes fitnah dan penipuan tandantangan yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang Yb Zuraida Kamarudin.Laporan telah dibuat di dua Balai Polis berasingan iaitu Balai Polis Serendah dan Balai Polis Hulu Bernam. Pemuda yang diketua Ketua Pemuda Bahagian Mahmud Karim membuat laporan polis kira-kira jam 4.00 petang di Balai Polis Serendah manakala Puteri diketuai Ketua Puteri Bahagian Zahana Hamzah telah membuat laporan yang sama di Balai Polis Hulu Bernam pada jam 3.00 petang.Loporan susulan pula dibuat oleh pimpinan empat peringkat diIPD Hulu Selangor kira-kira jam 7.00 petang diketuai oleh ADUN Hulu Bernam merangkap Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor YB Dato' Mohamad Idris Bakar.Aduan dibuat berikutan fitnah Yb Zuraida dalam surat Dato'Idris menyatakan BN Hulu Selangor membawa 2000 pengundi asing sebagai pengundi pada PRU Ke-13 nanti.Dalam surat itu juga menyatakan KDN turut membantu proses membawa pengundi-pengundi tersebut ke Hulu Selangor.Tandatangan dalam surat berkenaan adalah satu pemalsuan dan penipuan yang besar oleh Ahli Parlimen PKR tersebut.

Wednesday, May 11, 2011

Membantah meroboh Perkampungan Melayu di Sungai Kerandang






Kuala Kubu Bharu 10/5/11 - Pemuda Umno diketuai Ketua Pemuda Bahagian Mahmud Karim bersama 45 keluarga disini telah menghalang kira-kira 200 anggota penguatkuasa dalam tindakan kerajaan negeri Selangor merobohkan penempatan mereka dengan alasan penduduk di sini telah menceroboh kawasan Hutan Simpan Bukit Tarek.Turut sama mempertahankan kawasan tersebut adalah ADUN Kuala Kubu Bharu YB Wong Koon Mun ,ADUN Hulu Bernam Dato'Mohamad Idris Bakar selaku Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor dan juga Ahli Parlimen Hulu Selangor YB Kamalanathan.Dalam perbincangan kira-kira jam 2.30 ptg Penolong Pengarah Jabatan Hutan Negeri Selangor memutuskan 45 hektar dari 354 hektar keseluruhan tetap akan dirobohkan.
Operasi berakhir sekitar jam 6.00 Petang

Pertandingan Futsal Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor ( DUN KKB dan DUN Hulu Bernam )































Kuala Kubu Bharu 8/5/11 - Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah menganjurkan pertandingan Futsal Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor peringkat Dun pada 8hb MEI 2011 yang bertempat di dua DUN serentak iaitu DUN KKB dan DUN Hulu Bernam.











Di peringkat Dun KKB perlawanan diadakan di Gelanggang Futsal Taman Tanjak Ampang Pecah manakala peringkat DUN Hulu Bernam perlawanan diadakan di Gelanggang Futsal Sg Tengi Selatan.Sebanyak 44 pasukan telah menyertai di mana 28 Pasukan dari DUN KKB dan 16 Pasukan dari DUN Hulu Bernam.Program dimulakan kira-kira jam 8.00 pagi dimeriahkan dengan kehadiran ADUN KKB YB Wong Koon Mun dan Ahli Parlimen Hulu Selangor YB Kamalanathan.Perasmian dilakukan oleh Naib Ketua Pemuda Umno Selangor Zainuri Dato' Zakaria.Perlawanan berakhir jam 7.00 Ptg dan pemenang bagi peringkat DUN dikhabarkan akan bertanding di peringkat Parlimen di Putrajaya pada tarikh akan ditetapkan nanti.






















Untuk Makluman Pertandingan bagi Peringkat DUN Batang Kali akan diadakan pada 15 Mei 2011 di Gelanggang Futsal Angerik Bukit Sentosa Batang Kali