Selasa 16 ogos 2011, jam 10 malam, bertempat di Madrasah Kg Baru A Hulu Bernam telah dianjurkan Program Moreh Anjuran Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor yang dipengerusikan oleh Pengerusi Gugusan Pemuda Saudara Fathi Kamil. Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Saudara Mahmud Karim hadir bersama rombongan iaitu Penolong setiausaha Saudara Kamaruzzaman dan Setiausaha Kerja saudara Asdi Ali.Turut Hadir Cikgu Osman bekas Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor dan Pemimpin tempatan yang lain. Jumlah Kehadiran seramai 50 orang.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, August 16, 2011
Saturday, August 13, 2011
Moreh Pemuda Bukit Sentosa Barat di Anjung Cafe Bukit Beruntung
Batang Kali 13/8/11 - Program Pemuda Umno Bahagian diteruskan dengan moreh pemuda Bukit Sentosa Barat bertempat di Anjung Cafe Bukit Beruntung.Bermula jam 10.30 malam , majlis sekadar bersantai dihadiri hampir 40 orang pemuda dan pemimpin cawangan.Turut memeriahkan majlis Adun Batang Kali Yb Datuk Mohd Isa ,Ketua Pemuda Bahagian Sdr Mahmud Karim,hadir bersama Ketua Pemuda Gugusan Sdr Edinoor dan beberapa exco pemuda bahagian.
Berbuka Puasa Pemuda Umno di Bukit Sentosa Timur
Batang Kali 13/8/11 - Meneruskan Program Pemuda Umno Bahagian kali ini di Bukit Sentosa Timur.Bertempat di Surau Nursyakiran majlis berbuka puasa dimulakan dengan bacaan tahlil pada jam 6.00 petang diikuti berbuka puasa dan sembahyang maghrib berjemaah.Majlis dihidangkan dengan kuih muih dan Nasi Dagang Terengganu dihadiri lebih 80 orang belia termasuk wanita dan cawangan.Turut hadir Ketua Pemuda Bahagian Sdr Mahmud Karim,Pengerusi Gugusan Sdr Nasir,En Azman,En Baharudin,Setiausaha Wanita Umno Bahagian Pn Badariah dan beberapa Exco Pemuda Bahagian.
Majlis Moreh Pemuda di Felda Gedangsa
Hulu Bernam 12/8/11- Bertempat di Balairaya Felda Gedangsa,Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah mengadakan majlis moreh bersama pemuda.Dimulakan sekitar jam 10.00 malam majlis dihadiri lebih 50 orang belia dan pimpinan di sini.Hadir berucap Ketua Pemuda Bahagian Sdr Mahmud Karim , Pengerusi Gugusan Sdr Azman dan Ketua Cawangan En Tajulludin.
Tuesday, August 9, 2011
Berbuka Puasa Pemuda Umno Hulu Selangor di Kg Sungai Buaya
Isnin ,8 Ogos 2011 hari Isnin bertempat di no 329 Kg Sungai Buaya Hulu Selangor . Pemuda Umo Bahagian Hulu selangor telah menganjurkan program Berbuka Puasa bersama Penduduk Kg dan Bandar Sungai Buaya. Program yang di Ketuai oleh Pengerusi Gugusan Pemuda Sungai Buaya iaitu saudara Amirul Fahmi turut dibantu oleh Pengerusi Gugusan Sg Buaya iaitu Puan Habibah Ismai bersama sayap-sayap yang lain telah mendapat sambutan yang baik dikalangan penduduk setempat.Juadah Berbuka puasa begitu mengambil perhatian semua hadirin apabila dihidangkan dengan "Nasi Ambeng" yang dimakan empat orang satu hidangan mengikut tradisi masyarakat berketurunan Jawa. Turut hadir Pimpinan Umno Bahagian Hulu Selangor iaitu Dato Haji Mohammed Idris Abu Bakar (Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor), Datuk Mohd Isa Bin Abu Kassim (Timbalan Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor), Saudara Mahmud Karim (Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor) , Puan Zahana Hamzah (Ketua Pergerakan Puteri Bahagian Hulu Selangor),Saudara Zulkarnain Hanit (Pengerusi MAjlis Belia Daerah Hulu Selangor), Ahli Jawatankuasa Bahagian,Pemuda , Wanita dan puteri.Lebih daripada 100 orang hadirin yang turut serta dalam program bebuka puasa ini.
Saturday, August 6, 2011
Moreh Ramadhan di Masjid Ulu Rening Batang Kali





Batang Kali 5 /8/11 - Program Moreh Ramadhan anjuran Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor bermula di masjid Ulu Rening Batang Kali yang di kendalikan oleh Pengerusi Gugusan Pemuda Sdr Raikino.Prgram yang akan dilaksanakan di setiap gugusan bertujuan mengeratkan silaturahim di kalangan masyarakat masjid terutamanya golongan muda bersama-bersama bersembahyang terawih dan menjamu juadah yang disediakan.Hadir bersama Ketua Pemuda Bahagian Yg Bhg Mahmud Karim .
Friday, August 5, 2011
Majlis Berbuka Puasa di Taman Seri Cahaya Batang Kali





Batang kali -5/8/11 Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama penduduk di kediaman Pengerusi Gugusan En Zaidi di Taman Seri Cahaya Batang Kali Selangor.Sekitar 50 orang hadir pada majlis ini.Turut hadir Adun Batang Kali YB Datuk Mohd Isa Abu Kasim ,Ketua Pemuda Bahagian Yg Bhg Mahmud Karim dan beberapa exco pemuda Umno Bahagian.
Subscribe to:
Posts (Atom)




