Thursday, September 23, 2010
Majlis Jamuan Raya di Sg Buaya
23Sept2010- KetuaPemuda Umno Bahagian Hulu selangor menghadiri majlis jamuan Raya di rumah En Asmadi di Sg Buaya Hulu Selangor.
Beliau meluangkan masa hampir 1 setengah jam beramah mesra dengan penduduk tempatan di samping menjamu selera sebelum beredar sekitar jam 11 malam.
Monday, September 20, 2010
Fitnah Khalid Samad Terhadap MP dan Adun Hulu Selangor!!..tenyata PAS mengelirukan umat Islam!
Ruang Koridor Masjid Nurul Husna Sg Tengi Selatan
Gambar MP Serdang ( Teo Nie Ching - DAP )
(Petikan Daripada http://www.khalidsamad.com/2010/09/umno-kura-kura-dan-perahu.html Gambar 3 :- Ahli Parlimen Hulu Selangor bersama ADUN UMNO menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sg. Tengi Selatan. Semua tersenyum lebar dan tiada pula mendakwa di hina atau Masjid tercemar. Ahli Parlimen berkopiah yang telah mengeluarkan fatwa ‘penghinaan’ terhadap ummat Islam kerana terpaksa menerima sumbangan dari orang kafir, pun mendiamkan diri - mungkin kerana sibuk menikmati juadah raya. Saya juga difahamkan oleh seorang sahabat bahawa ada yang berkopiah kerana hendak bersikap tawaddu’, tetapi ada yang berkopiah kerana hendak menyorok ‘bald spot’. WaLlahu 'Alam.
Di sini Pemuda Umno Hulu Selangor menunjukan gambar yang sebenar adalah ruangan koridor Masjid Nurul Husna Sg Tengi Selatan bukannya Ruang utama Solat seperti yang ditulis di dalam Blog MP Shah Alam YB Khalid Samad.
Saturday, September 4, 2010
Majlis Berbuka Puasa di PDK Batang Kali Anjuran Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor
4 Sept 2010 - Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor yang diketuai oleh Saudara Mahmud Bin Karim telah menganjurkan Majlis Bebuka Puasa bersama Ibu Bapa , guru dan Pelajar PDK Pusat Jalinan Kasih , Batang Kali Hulu Selangor. Turut Hadir Ketua Bahagian Umno Hulu Selangor YB Dato' Mohd Idris Bakar dan Timbalan Ketua Bahagian YB Mohd Isa di samping memberi sumbangan kepada Pelajar disampaikan kepada Pengetua PDK tersebut.
Thursday, September 2, 2010
Exco Pemuda Umno Hulu Selangor Berbuka Di Seri Malaysia , Awana Genting
2 Sept 2010 - Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Saudara Mahmud Bin Karim bersama Exco Pemuda Hulu Selangor berkumpul sekali lagi dan kali ini berbuka puasa di Hotel Seri Malaysia Awana Genting , Genting Highland hari ini. Turut Hadir Unit Media Baru Hulu Selangor dan Wakil Unit Media Umno Malaysia Sdr Faisal Mohd Salleh.
Jelajah Terawikh- Taman Desa Bukit Bujang KKB
1 September 2010 Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor meneruskan jelajah terawikhnya bersama rombongan dan lokasi kali ini di Taman Desa Bukit Bujang Mukim Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu. Beliau turut menyampaikan sumbangan peribadinya Kepada Pengerusi Surau Sao'datus-Salam . Turut hadir Mantan Ketua Pemuda Gugusan Kuala Kubu Bharu yang juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga di situ Encik Zaini dan Saudara Syed Ghani.