Monday, February 21, 2011

Ceramah Isu Semasa " Siapa Benar ? "






Bukit Beruntung 20Feb2011 - Ceramah Siapa Benar ? untuk sesi kedua anjuran Umno Bahagian Hulu Selangor diadakan di pekarangan rumah kedai Bandar Bukit Beruntung hari ini. 2 Orang Perceramah didatangkan khas untuk prgram ini antaranya seorang penceramah hebat iaitu Sdr Zahid Mat Arip . Program bermula pada jam 9.00 malam didahului dengan kata-kata aluan oleh Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor Sdr Mahmud Bin Karim .
Ceramah yang disampaikan pada malam ini banyak menyentuh hal salah laku dalam kepimpinan pembangkang yang jelas mengelirukan rakyat disamping menyeru kepada hadirin supaya lebih bekerja kuat dengan gerak kerja yang mantap jika mahu merampas semula Kerajaan Selangor ini dan mempertahan Kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional pada PRU akan datang. Sebelum mengakhiri ucapan beliau sekali lagi menyampaikan kata-kata semangat sebagai " PRU 13 adalah penentu masa depan bangsa Melayu".

Oleh itu , marilah bangsa Melayu bersatu mengorak langkah mengatur strategi demi Agama , Bangsa dan Negara.

Program bersurai sekitar jam 12.00 malam

2 comments:

  1. Apa kata UMNO Cawangan/Bahagian tuan anjur ceramah bertajuk KETUANAN MELAYU MENGIKUT ULAMA NUSANTARA. Dalam tajuk ini, kita akan faham bahawa UMNO tanpa sedar telah melaksanakan segala nasihat ulama-ulama besar Melayu dahulu kala. Maka sebab itulah Allah SWT pelihara UMNO hingga kekal relevan ke hari ini berbanding PAS. Kita juga akan faham bahawa perjuangan melalui bangsa adalah sunnah Rasulullah SAW dan memahami kesesatan aqidah Nik Aziz dari sudut ilmu yang dibahaskan dalam kitab-kitab Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Sila layari http://www.docstoc.com/docs/55052418/Bangsa-Melayu-Mengikut-Ulama-Ahlu-Sunnah-Wal-Jamaah

    Mohd Fadhil bin Musbah al-Marwa ialah seorang guru pondok berumur 42 tahun yang berasal dari Sungai Merab, Kajang. Datuk mertua beliau ialah Tuan Haji Hamid Kajang, pengasas Maa’had Hamidiah Kajang. Beliau adalah bekas pelajar Maktab Sains Sultan Ahmad Shah (1982-1986) yang memilih jurusan pengajian bersanad di Pondok Tunjuniah, Kota Bahru; Pondok Pasir Tumbuh, Kubang Kerian dan Pondok Kerandang, Besut. Pernah bertugas sebagai guru JAIS dan KEMAS. Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran tinggi, memadailah disediakan saguhati yang mengambil kita duit tol, duit petrol dan duit makan. Beliau boleh dihubungi melalui anak muridnya, Ustaz Mohd Saiful A. Karim di talian 013-365 5715 atau 019-366 9741.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas cadangan sdr dan kami bersedia mempertimbangkannya

    ReplyDelete