Saturday, May 28, 2011

Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor tubuh Sekretariat Peti Daerah Mengundi ( Pemuda )






Kalumpang 28hb Mei 2011 - Menjelang pilihanraya umum ke -13 yang akan berlaku dalam tempoh beberapa bulan lagi, Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor diketuai oleh Sdr Mahmud Bin Karim telah menubuhkan Sekretariat Peti Daerah Mengundi ( Pemuda ) Bahagian Hulu Selangor.Sekretariat ditubuhkan sebagai persiapan mengahadapi PRU akan datang selain menggerakan jentera pemuda agar lebih mantap dan bersedia mengharungi arus pilihanraya yang pasti mencabar terutamanya di Selangor.Dalam ucapan beliau, Mahmud mengingatkan bahawa Pemuda adalah salah satu sayap penting kepada Parti dan perlu berani memainkan peranan dalam perang saraf dan risikan dalam mendapatkan info pemmbangkan dan bertindak bijak menepis serangan pembangkan di mana-mana sahaja samada di luar mahupun di alam media siber .Pemuda juga perlu mengenal pasti pengundi-pengundi luar dan menjejaki pengundi dalam golongon umur 30-40 tahun dan merancang aktiviti yang sesuai untuk mereka yang kebanyakannya sudah berkeluarga dan sukar memberi komitmen kerana terikat dengan kerja dan tanggungjawab. Seramai 48 Ketua Peti Daerah Mengundi ( Pemuda ) dilantik bagi setiap kawasan dan penyerahan Baju rasmi Ketua PDM ( pemuda ) oleh Dato' Mohamad Idris Bin Abu Bakar , Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor . Majlis taklimat khas dipimpin oleh Setiausaha BN Hulu Selangor En Ibrahim Bin Manap dan Setiausaha Umno Bahagian Hulu Selangor En Ahmad Nazri Bin Dahlan.

No comments:

Post a Comment