Sg Tengi 23Mac2011 - Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor Sdr Mahmud Bin Karim telah menghadiri majlis Tahlil arwah mangsa kemalangan maut Allahyarham Rafisyam bin Musa ,34 tahun. Allahyarham meninggalkan isteri dan 4 orang anak dr umur 3 hingga 9 tahun.
Thursday, March 24, 2011
Menghadiri Majlis Tahlil Arwah mangsa kemalangan di Sg Tengi
Sg Tengi 23Mac2011 - Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor Sdr Mahmud Bin Karim telah menghadiri majlis Tahlil arwah mangsa kemalangan maut Allahyarham Rafisyam bin Musa ,34 tahun. Allahyarham meninggalkan isteri dan 4 orang anak dr umur 3 hingga 9 tahun.
Liga futsal Sempena Cuti Sekolah tertutup Pemuda Umno Hulu Selangor
Batang Kali 19Mac2011 - Pemuda Umno Hulu Selangor telah menganjurkan Liga Futsal tertutup Bandar Utama Batang Kali sempena cuti sekolah yang bertempat di Gelanggang Futsal Bandar Utama Batang Kali Hulu Selangor. Seramai 12 pasukan dari taman sekitar telah mengambil di mana perlawanan dijalankan secara liga selama 7 hari bermula dari 13 Mac2011. Perlawanan separuh akhir dan akhir diadakan pada 19 Mac 2011 dan Hadiah disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor Sdr Mahmud Bin Karim.
Saturday, March 19, 2011
Friday, March 18, 2011
Sunday, March 13, 2011
Pertandingan Futsal Piala Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor 2011
Batang Kali 14 Mac 2011-Peluang kepada semua pasukan-pasukan futsal Daerah Hulu Selangor untuk menyertai Pertandingan Futsal PIALA KETUA UMNO BAHAGIAN HULU SELANGOR , Dato’ Mohd Idris Bakar bertempat di Gelanggang Futsal Miel Batang Kali pada 17 April 2011 .
Malumat Penyertaan sila lihat di bawah :
Yuran Pendaftaran : RM20.00/pasukan
Tarikh tutup penyertaan : April 2011
Terbuka kepada semua (kategori terbuka lelaki)
Setiap pasukan boleh mendaftarkan 8 orang pemain.
Terhad kepada 64 pasukan.
Hadiah-hadiah:-
Johan : Wang Tunai RM1,00.00 + Piala Iringan
Naib Johan : Wang Tunai RM500.00 + Piala Iringan
Ketiga : Wang Tunai RM250.00 + Piala Iringan
Keempat : Wang Tunai RM250.00 + Piala Iringan
Kelima - Kelapan : Wang Tunai RM100.00
Masa : 8.00 pagi : 5.00 petang
Tarikh/Tempat:- Gelanggan Futsal Miel Batang Kali Hulu Selangor
Untuk sebarang matlumat lanjut, hubungi kami:
Jef : 013 – 3652416 /Lan : 012- 3641617
Friday, March 11, 2011
Perasmian Program Perkhemahan Jati Diri di Sg Tamu Batang Kali
Batang Kali 11Mac2011 - Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Hadir merasmikan Program Perkhemahan Jati Diri yang dianjurkan oleh Belia 4B Hulu Selangor.Beliau tiba di kawasan bersama Pengerusi Belia 4B Hulu Selangor Sdr Izharudin kira-kira jam 9.00 malam .Beliau diberi kesempatan untuk berucap di hadapan kira-kira 60 orang peserta dengan mengingatkan golongan Belia agar lebih bertanggungjawab kepada masyarakat ,agama bangsa dan negara di mana dewasa ini , banyak masalah sosial di kalangan remaja terdedah di dada akbar hampir setiap hari.
Thursday, March 10, 2011
Makan Malam Exco Pemuda Umno Hulu Selangor bersama Wakil Rakyat
Damansara 9Mac2011- Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor bersama exco pemudanya mengatur satu perjumpaan makan malam bersama wakil rakyat . Ketua Umno Bahagian Dato'Mohd Idris Bakar dan Timbalan Datuk Mohd Isa Kasim hadir bersama memeriahkan perjumpaan ini di samping dapat berbincang peranan pemuda dalam memperkasakan jentera parti serta megeratkan lagi hubungan silaturahimdi kalangan exco dan juga pemimpin. Harapan besar disandarkan kepada pemuda agar berjuang dalam satu kumpulan yang kuat dan bertindak bijak untuk mendekati generasi muda yang semakin menyokong kepimpinan Barisan Nasional.
Sunday, March 6, 2011
Hadir ke PRK DUN Merlimau bersama perayu undi untuk peti Undi Chin Chin
Jasin Melaka 6 Mac 2011 - Pergerakan Pemuda Umno Hulu Selangor di ketuai Sdr Mahmud Bin Karim hadir memberi sokongan moral bersama perayu undi untuk peti undi kawasan Chin Chin.
Merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan 2011
Hulu Selangor 6 MAc 2011 - Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor Sdr Mahmud Bin Karim hadir merasmikan dua mesyuarat Agung Tahunan 2011 di sini pada 5 dan 6 Mac 2011.
Futsal Persahabatan bersama Pemuda Sungai Dusun
Hulu Bernam 4 Mac 2011- Pergerakan Pemuda Umno Hulu Selangor telah megadakan perlawanan futsal persahabatan bersama Pemuda Umno Gugusan Sg Dusun.Perlawanan bertujuan mengeratkan lagi hubungan di kalangan pemuda di samping dapat berkumpul dan berkongsi idea dan pendapat yang terus disuarakan kepada pemimpin.Ketua Pemuda Umno Bahagian Sdr Mahmud Bin Karim mengucapkan tahniah kepada Ust Adli selaku ketua Pemuda di sini dan akan sentiasa memberi perhatian kepada semua generasi muda dengan kata-kata semangat agar generasi ini terus terbela dengan halatuju yang tepat.