Friday, June 17, 2011

Menghadiri Tahlil Arwah di Rumah Shaiful Ketua Cawangan Tmn Seri Liam































Ulu Yam Bharu 16/6/11 - Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor , Mahmud Bin Karim telah hadir ke majlis tahlil arwah bapa kepada Shaiful Ketua Cawangan Taman Seri Liam ,Ulu Yam Bharu.Majlis turut dihadiri oleh Harumaini dan beberapa AJK Bahagian antaranya Zainuddin Mat Naan.Untuk itu , Mahmud telah mennghulurkan sedikit sumbangan sebagai sumbangan dari Pemuda.

Monday, June 13, 2011

Melawat Kematian Ketua Cawangan Kg Tanjung Sg Choh Allahyarham Anuar Zainuddin





Sg Choh 12/6/11- Al-Fatihah , Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor , Mahmud Bin Karim hadir melawat Allahyarham Anuar Bin Zainuddin Ketua Cawangan Umno Kg Tanjung Sg Choh yang meninggal dunia pada petang tadi . Bagi pihak Media kami mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham.

Sunday, June 12, 2011

Menghadiri Undangan Perkahwinan di Felda Sg Tengi




Hulu Bernam 12/6/11- Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor , Mahmud Bin Karim telah menghadiri satu Majlis Perkahwinan di Sg Tengi undangan En Azhar bekas Ketua Pemuda Sg Tengi.Turut hadir Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor Yb Dato'Mohamed Idris Bin Bakar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Bernam.

Program Community Policing dan Perasmian Silat Pendekar Bertuah






Batang Kali 12 Jun 2011, Bertempat di Balairaya Taman Seri Batang Kali, Satu Program Bercirikan kemasyarakatan iaitu "Program Community Policing dan Perasmian Silat Pendekar Bertuah" telah dianjurkan oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Saudara Mahmud Bin Karim dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor.Program ini dirasmikan oleh Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Tun Hisan Tun Hamzah. Turut menghadiri di program tersebut ialah Dato Idris Bakar (ketua Umno Bahagian Hulu Selangor/ ADUN Hulu Bernam),Dato' Wira Haji Ayub Haji Yaakob (Ketua Polis Pulau Pinang), Tuan Supt Norel Azmi Bin Yahya Affandi(Ketua Polis Hulu Selangor). Yb Datuk Mohd Isa Bin Abu Kassim (ADUN Batang Kali), Dato Zainal Bin Sakom , Yb Tuan Wong Koon Mun (ADUN Kuala Kubu Bharu) , Exco Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor , Ketua PDM dan masyarakat setempat. Program ini tutut mendapat perhatian dengan Kehadiran Datuk K dan Datuk Siti Nurhaliza. Program yang menerapkan perpaduan dan kerjasama masyarakat dan Polis untuk membenteras jenayah yang berlaku di kawasan persekitaran. Selain itu turut diadakan Perasmian Pertubuhan Silat Pendekar Bertuah dan penghormatan kpd Pak Bukhari sebagai Mahagurunya dan lantikan Saudara Hairuddin sebagai Panglima.

Kejohanan Bowling Pemuda Umno Kg Sg Masin Batang Kali






Bukit Beruntung 12 Jun 2011- Pemuda Umno Kg Sg Masin telah menganjurkan kejohanan Bowling Pemuda tertutup yang diadakan di Kelab Golf Bukit Beruntung bermula jam 9.00 pagi.Hadir pada kejohanan adalah Ketua Pemuda Bahagian Mahmud Bin Karim dan juga Yb Kamalanathan yang turut menyampaikan hadiah kejohanan.Menurut Ketua Pemuda cawangan Dzulkifly Bin Idrus program yang diadakan bertujuan mendekatkan golongan pemuda dengan aktiviti-aktiviti berfaedah di samping dapat mewujudkan satu silaturahim antara satu sama lain dan semangat bekerjasama.Kejohanan berakhir sekitar jam 3.00 petang

Wednesday, June 8, 2011

Program Sarapan Pagi Pimpinan BN Hulu Selangor bersama Belia Rasa






Rasa 4/6/11- Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Hadir pada satu program sarapan pagi pimpinan Barisan Nasional Hulu Selangor bersama Belia Rasa di perkarangan rumah Pn Fatimah salah seorang penduduk yang terpilih dalam program bantuan baikpulih rumah yang ditaja oleh 1MDB ( 1 Malaysia Development Berhad ) .Majlis turut dihadiri oleh Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor YB Dato' Mohamed Idris Bakar , Timbalan YB Datuk Mohd Isa Kasim dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Zulkarnain Hanit .

Tuesday, June 7, 2011

Santai bersama Pemuda-Pemuda Batang Kali .






Batang Kali 30/5/11 - Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor ,Mahmud Bin Karim sekali telah mengadakan satu program santai bersama pemuda yang diadakan disebuah Restoran di Ligamas anjuran JASA baru-baru ini.Sekurang-kurangnya 70-80 orang hadir bersama bersembang dan berbincang hal-hal pemuda disamping dapat mengenal pasti masalah dan merancang aktiviti-aktiviti yang diminati oleh golongan muda agar mudah dilaksanakan bersama.Turut hadir ADUN Batang Kali YB Datuk Mohd Isa Bin Kasim.Program dimulakan jam 9.00 malam bersurai sekitar Jam 12.00 malam