Monday, May 30, 2011

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor 2011 Felda Sg Tengi






Hulu Bernam 29/5/2011 - Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah diadakan 29hb Mei 2011 bertempat di Felda Sg Tengi Hulu Selangor.Perasmian dilakukan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dato' Mukhriz Bin Tun Mahathir menyaksikan kehadiran sekurang-kurangnya 500 orang termasuk 283 orang daripadanya merupakan perwakilan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor. Mesyuarat dimulakan oleh dengan Bacaan Doa oleh Pengerusi Biro Agama Faisal Sarehan sebelum Ketua Pemuda Bahagian Hulu Selangor Mahmud Bin Karim memberi ucapan dasar kepada semua perwakilan dan wakil-wakil dari seluruh Hulu Selangor dan juga wakil dari negeri iaitu dr Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Raja.Dalam ucapan dasar tersebut ,beliau lebih menyentuh kepimpinan pemuda di mana harapan beliau agar Jentera parti perlu perlu diperkuatkan walaupun telah nampak sokongan golongan muda telah meningkat dan kembali kepada BN seperti dibuktikan pada Pilihanraya kecil yang lepas di mana BN telah menang 30 keseluruhan peti undi . Beliau juga menggesa agar pemuda berperanan mengatur gerak kerja dan bersedia dengan perubahan yang besar apabila berdepan perjuangan yang semakin hampir dalam menentukan halatuju parti Barisan Nasional.Sekretariat PDM ditubuhkan bertujuan menguatkan lagi jentera parti dengan pelbagai aktiviti-aktiviti pemuda,gerak kerja , jalinan rakyat seperti program2 bersantai ,sukan,hiburan dan lain-lain adalah untuk mengisi masa lapang golongan belia menyokong kerajaan dan membawa mereka ke arah belia yang berwawasan.Unit Media Baru , Unit Pidato , sembang kedai kopi masing-masing perlu memainkan peranan dalam mengembalikan dan mengekalkan sekongan rakyat kepada parti dan kerajaan Barisan Nasional. Peringatan seterusnya adalah dari Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor YB Dato' Mohamad Idris Bin Abu Bakar dalam ucapannya sekali lagi mengingatkan Pemuda Umno perlu mendekati dan mendampingi golongan pengundi yang berumur 30-40 tahun kerana golongan seperti ini kurang diberi perhatian kerana mereka lebih kepada memerhati daripada memberi komitmen kerana kebanyakan dari mereka sudah bekeluarga dan bekerja dan bertanggungjawab kepada keluarga.Beliau mengingatkan agar Pemuda yang diketuai oleh Mahmud perlu merancang program2 dan aktiviti yang sesuai supaya dapat mendekati mereka.Bagi ucapan Dato' Mukriz Mahathir selaku perasmi mesyuarat pula , mengingatkan pemuda perlu mengatur strategi dan langkah dengan melakukan satu tranfomasi seperti disarankan kerajaan agar mesej tersebut sampai kepada golongan2 muda .Bermula dari Tranfomasi kerajaan ( Rakyat didahulukan )pelbagai program transfomasi diatur oleh kerajaan seperti program Transfomasi Ekonomi , Transfomasi Politik dan lain-lain lagi.Dato' Mukriz juga mengingatkan agar kita tidak jadikan Sindrom Kacang Lupakan Kulit di mana satu ketika dahulu kawasan setinggan yang menjadi penyokong tegar Umno dan kerajaan dan telah di bela dan diusahakan agar taraf hidup mereka ditingkatkan dalam menyelesaikan masalah mereka kepada penempatan yang lebih selesa kini telah merudum sokongannya apabila dilihat mereka pula menentang kerajaan . Sebelum mengakhiri ucapan beliau sempat berpesan hanya golongan muda kini yang akan mencorakan masa depan negara.Mesyuarat perwakilan bermula jam 5.00 petang dihadiri oleh wakil negeri dari Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Raja diketuai oleh Ybhg Azman Perai.Dua Wakil Pemuda ke perhimpunan Agong Pemuda Umno Malaysia (G2) terpilih daripada 4 orang bertanding adalah Khairul Anuar Bin Kasim dan Hisham Bin Saad. Mesyuarat bersurai sekitar jam 7.00 Petang . Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor amat berterima kasih kepada Wakil dari Kota Raja dan kepada semua ahli2 Umno dan BN yang Hadir.

Saturday, May 28, 2011

Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor tubuh Sekretariat Peti Daerah Mengundi ( Pemuda )






Kalumpang 28hb Mei 2011 - Menjelang pilihanraya umum ke -13 yang akan berlaku dalam tempoh beberapa bulan lagi, Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor diketuai oleh Sdr Mahmud Bin Karim telah menubuhkan Sekretariat Peti Daerah Mengundi ( Pemuda ) Bahagian Hulu Selangor.Sekretariat ditubuhkan sebagai persiapan mengahadapi PRU akan datang selain menggerakan jentera pemuda agar lebih mantap dan bersedia mengharungi arus pilihanraya yang pasti mencabar terutamanya di Selangor.Dalam ucapan beliau, Mahmud mengingatkan bahawa Pemuda adalah salah satu sayap penting kepada Parti dan perlu berani memainkan peranan dalam perang saraf dan risikan dalam mendapatkan info pemmbangkan dan bertindak bijak menepis serangan pembangkan di mana-mana sahaja samada di luar mahupun di alam media siber .Pemuda juga perlu mengenal pasti pengundi-pengundi luar dan menjejaki pengundi dalam golongon umur 30-40 tahun dan merancang aktiviti yang sesuai untuk mereka yang kebanyakannya sudah berkeluarga dan sukar memberi komitmen kerana terikat dengan kerja dan tanggungjawab. Seramai 48 Ketua Peti Daerah Mengundi ( Pemuda ) dilantik bagi setiap kawasan dan penyerahan Baju rasmi Ketua PDM ( pemuda ) oleh Dato' Mohamad Idris Bin Abu Bakar , Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor . Majlis taklimat khas dipimpin oleh Setiausaha BN Hulu Selangor En Ibrahim Bin Manap dan Setiausaha Umno Bahagian Hulu Selangor En Ahmad Nazri Bin Dahlan.

Tuesday, May 24, 2011

Program Pertemuaan Pengundi Muda dan Penyerahan Borang Keahlian Ahli Baru di Fasa 1 Batang Kali






BatangKali 23/5/11 - Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah mengadakan satu program pertemuan Pemimpin bersama pengundi muda di Fasa 1 Bandar Utama Batang Kali dihadiri kira-kira 80 orang pemuda sekitar yang belum berdaftar sebagai pemilih.Program yang diadakan pada jam 9.00 malam dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Ketua Cawangan Sdr Jefrin Bin Mat sebelum Ketua Pemuda Bahagian Mahmud Bin Karim dan Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor Yb Dato' Mohd Idris Bin Bakar memberi ucapan dan peringatan kepada golongan belia-belia yang hadir pada berikutnya.Turut Hadir bersama Ahli Parlimen Yb Kamalanathan yang turut memberi nasihat kepada golongan muda agar sama-sama memainkan peranan dan bertanggungjawab kepada bangsa dan negara dengan mengekalkan kepimpinan kerajaan pusat kepada Barisan Nasional dan mengembalikan kepercayaan rakyat di Selangor kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional.Majlis berakhir sekitar jam 10.45 malam dengan penyerahan sijil Keahlian Baru kepada Ketua Umno Bahagian Yb Dato' Mohamad Idris .

Menghadiri Majlis Sambutan Hari Ulangtahun kelahiran Bapa En Nizam



BatangKali 23/5/11 - Sempena sambutan hari bapa Ketua Pemuda Bahagian Hulu Selangor ,Mahmud bin Karim hadir ke majlis sambutan ulangtahun kelahiran bapa kepada En Nizam pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Hulu Selangor Yb Kamalanathan. Majlis yang diadakan sekitar jam 8.30 malam dihadiri oleh rakan-rakan dan jiran turut dihadiri Yb Kamalanathan dan beberapa orang wakil wanita dan pemuda bahagian Hulu Selangor.

Saturday, May 21, 2011

Menghadiri Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Hulu Selangor






Genting Highland 22/5/2011 - Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor,YBhg Mahmud Bin Karim telah menghadiri mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Hulu Selangor 2011 bertempat di Institut Aminuddin Baki , Genting Highland.Turut hadir bersama Ahli Parlimen Hulu Selangor Yb Kamalanathan,ADUN Hulu Bernam merangkap Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor YB Dato'Mohamad Idris Abu Bakar dan Timbalan YB Datuk Mohd Isa Kasim.Semua Perwakilan Puteri Hulu Selangor berkumpul di Dewan IAB diketuai oleh Ketua Puteri BAhagianHulu Selangor ,Zahana Hamzah .Mesyuarat dirasmikan oleh YB Dato' Mohd Idris Abu Bakar.

Sunday, May 15, 2011

Pertandingan Futsal Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor DUN Batang Kali





Bukit Beruntung 15/5/11 - Pertandingan Futsal Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor DUN Batang Kali telah diadakan di Gelanggang Futsal Pangsapuri Anggerik Bukit Sentosa hari ini susulan dua pertandingan yang telah berlansung pada 8 May 2011 di dua DUN iaitu DUN Kuala Kubu Bharu dan DUN Hulu Bernam.Perlawanan yang berlansung pada jam 8.00 pagi dirasmikan oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Mahmud Bin Karim .Seramai 16 Pasukan telah mengambil bahagian di mana perlawanan dimenangi oleh pasukan KLG FC A dari Bukit Sentosa . Pemenang bagi Setiap DUN akan mewakili Parlimen Ke Putrajaya pada Jun akan datang

Pemuda Umno Hulu Selangor mewakili Negeri di Bahagian Subang




Sg Buloh 14May2011-Seramai 20 orang rombongan dari Hulu Selangor terdiri daripada exco pemuda Umno Bahagiaan Hulu Selangor menghadiri mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Subang sebagai wakil negeri di Sekolah Vokasional Paya Jaras Sg Buloh.Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 9.00 malam dimulakan dengan ucapan Ketua Pemuda Subang diikuti ucapan Ketua Bahagian sebelum dirasmikan oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia Dato'Seri Reezal Merican pada jam 9.45 malam.Mesyuarat berakhir sekitar jam 12.00 malam