Pergerakan Pemuda UMNO telah mengadakan program Cabaran Bukit Kutu di Hlu Selangor baru-baru ini. Seramai 50 pemuda telah menyahut cabaran tersebut. Tujuan utama program tersebut adalah untuk menguji katahanan pemuda-pemuda di Hulu Selangor ini. Cabaran tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya oleh pemuda Hulu Selangor.
Tahniah diucapkan kepada peserta yang berjaya. Program ini diketuai oleh saudara Naib Ketua Pemuda Bhgn en Yusri Ishak. Beliau berharap agar program seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bhgn saudara Kamaruzzaman Abd Rahman.
Pihak Pemuda UMNO Bhgn mengucapkan tahniah kepada peserta yang berjaya dan ribuan terimakasih kepada en Yusri Ishak serta AJK yang berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya dan ini menunjukkan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihanrayakecil Parlimen Hulu Selangor. SEDIA GEMPUR
No comments:
Post a Comment