26 Jun 2010 - Exco Pemuda Umno Hulu Selangor yang diketuai oleh Sdr Mahmud Bin Karim telah menghadiri mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kota Raja yang diadakan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam pada 26 Jun 2010. Mesyuarat dimulakan sekitar jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 1.30 pagi.
Kehadiran Exco Pemuda Umno Hulu Selangor adalah sebagai wakil dari negeri Selangor juga sebagai pemantau mesyuarat dan agen pengundian untuk perwakilan dalam pemilihan wakil pemuda ke peringkat Malaysia (G2).
Mesyuarat telah berjalan begitu lancar bermula dengan kata-kata aluan oleh KP Bahagian Kota Raja Sdr Azman Perai dan seterusnya dengan pembentangan aktiviti-aktiviti dan laporan seperti Kewangan ,sosial dan sebagainya oleh sekretariat Pemuda Bahagian Kota Raja.
Dikesempatan ini Pemuda Umno Hulu Selangor ingin merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada Exco dan wakil dari Hulu Selangor yang dapat mengorbankan masa untuk menghadiri persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda Bahagian Kota Raja walaupun berakhir agak lewat.
Kesetian perjuangan daripada saudara sekalian amatlah dihargai demi memperkasakan Umno utuk semua.
No comments:
Post a Comment