Sunday, January 30, 2011

Futsal Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor
















Jumaat 28 Januari 2011, Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor yang diketuai oleh Saudara Mahmud Karim telah hadir untuk perlawanan Futsal Persahabatan bersama Pemuda Gugusan Serendah Selatan di Gelanggang Futsal Desa Melor. Kira-kira 120 orang pemuda daripada sekitar Serendah Selatan yang hadir bermain dan menyaksikan perlawanan ini. Timbalan Ketua cawangan turut hadir untuk memberi sokongan .Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pengerusi Gugusan Serendah Selatan Saudara Hadis dibantu oleh Ketua Pemuda Cawangan untuk menjayakan program ini. Tidak lupa kepada Exco -exco yang turut hadir antaranya Saudara Jefrin , Zaidi, Norhisham Saad,Khairul Anuar dan SUK Saudara Asdi Ali.

No comments:

Post a Comment