Tuesday, April 26, 2011

Kursus Pidato Pemuda Umno Hulu Selangor






Kuala Kubu Bharu 24/4/11 - Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah mengajurkan Kursus Pidato Pemuda Umno bertempat di Rest House Kelab Golf Kuala Kubu Bharu. Seramai 60 orang peserta mengambil bahagian terdiri drpd Pemuda Umno cawangan dan gugusan Hulu Selangor . Ucapan Perasmian dilakukan oleh Ketua Umno Bahagian Dato' Mohamad Idris Bakar pada jam 9.00 pagi ,turut hadir Ketua Pemuda Umno Bahagian Sdr Mahmud Bin Karim memeberi sokongan kepada para peserta di dewan. Tiga fasilitator hebat dari Unit Pidato Pemuda Umno Malaysia iaitu Sdr Halim Tuah ,Sdr Adnan Seman dan Sdr Lokman Adam dijemput untuk memberi tunjukajar dan teknik2 untuk menjadi seorang Pemidato hebat.
Menurut Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian merangkap Pengerusi Biro Unit Pidato Pemuda Bahagian Sdr Yusri Bin Ishak , dengan adanya kursus ini selain mencungkil dan melahirkan bakat2 baru , ia dapat memberi kenyakinan dan keterampilan kepada barisan muda untuk menonjol apabila bercakap di pentas tanpa merasa gementar berhadapan dengan penonton.Menurut beliau lagi setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk dipersembahkan kepada penonton cuma perlu dibentuk dgn cara yang lebih efekftif agar lebih mantap ketika menyampaikan hujahan atau ceramah kepada orang ramai.
Kursus berakhir sekitar jam 11.00 malam dan sijil disampaikan oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Yb Datuk Isa Abu Kasim.

No comments:

Post a Comment