Saturday, April 30, 2011

Menghadiri Perjumpaan Adun KKB bersama Belia Insaf Ampang Pecah






Kuala Kubu Bharu 28/4/11 - Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor Mahmud Bin Karim hadir ke Perjumpaan Adun Kuala Kubu Bharu Yb Wong Koon Mun bersama Persatuan Belia Insaf Ampang Pecah.Program yang sekadar bersantai dan minum petang bersama YB bermula sekitar jam 6 Petang dan dihadiri lebih 40 orang belia dan beberapa AJK Umno Cawangan.Progarm bermula apabila YB Wong menyeru agar Belia harus memainkan peranan dalam menggerakan golongan muda ke arah belia yang bertanggungjawab bagi mengelakan dan mengurangkan gejala-gejala sosial yang semakin berleluasa dan perlu adakan pelbagai aktiviti dan program agar masa terisi dengan perkara-perkara yang baik.Beliau turut menyumbangkan cek Rm2000 kepada Persatuan Belia Insaf Ampang Pecah sebagai langkah pertama memulakan Program.Turut menyumbang Ketua Pemuda Bahagian Mahmud Karim, 2 biji Bola Futsal kepada Persatuan Belia Insaf.

Program berakhir jam 7.15 Petang

No comments:

Post a Comment