Kuala Kubu Bharu 11/5/11 - Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor bersama Bahagian,Puteri dan Wanita telah membuat laporan Polis berhubung kes fitnah dan penipuan tandantangan yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang Yb Zuraida Kamarudin.Laporan telah dibuat di dua Balai Polis berasingan iaitu Balai Polis Serendah dan Balai Polis Hulu Bernam. Pemuda yang diketua Ketua Pemuda Bahagian Mahmud Karim membuat laporan polis kira-kira jam 4.00 petang di Balai Polis Serendah manakala Puteri diketuai Ketua Puteri Bahagian Zahana Hamzah telah membuat laporan yang sama di Balai Polis Hulu Bernam pada jam 3.00 petang.Loporan susulan pula dibuat oleh pimpinan empat peringkat diIPD Hulu Selangor kira-kira jam 7.00 petang diketuai oleh ADUN Hulu Bernam merangkap Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor YB Dato' Mohamad Idris Bakar.Aduan dibuat berikutan fitnah Yb Zuraida dalam surat Dato'Idris menyatakan BN Hulu Selangor membawa 2000 pengundi asing sebagai pengundi pada PRU Ke-13 nanti.Dalam surat itu juga menyatakan KDN turut membantu proses membawa pengundi-pengundi tersebut ke Hulu Selangor.Tandatangan dalam surat berkenaan adalah satu pemalsuan dan penipuan yang besar oleh Ahli Parlimen PKR tersebut.
Thursday, May 12, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment