Monday, May 30, 2011
Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor 2011 Felda Sg Tengi
Hulu Bernam 29/5/2011 - Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor telah diadakan 29hb Mei 2011 bertempat di Felda Sg Tengi Hulu Selangor.Perasmian dilakukan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dato' Mukhriz Bin Tun Mahathir menyaksikan kehadiran sekurang-kurangnya 500 orang termasuk 283 orang daripadanya merupakan perwakilan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor. Mesyuarat dimulakan oleh dengan Bacaan Doa oleh Pengerusi Biro Agama Faisal Sarehan sebelum Ketua Pemuda Bahagian Hulu Selangor Mahmud Bin Karim memberi ucapan dasar kepada semua perwakilan dan wakil-wakil dari seluruh Hulu Selangor dan juga wakil dari negeri iaitu dr Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Raja.Dalam ucapan dasar tersebut ,beliau lebih menyentuh kepimpinan pemuda di mana harapan beliau agar Jentera parti perlu perlu diperkuatkan walaupun telah nampak sokongan golongan muda telah meningkat dan kembali kepada BN seperti dibuktikan pada Pilihanraya kecil yang lepas di mana BN telah menang 30 keseluruhan peti undi . Beliau juga menggesa agar pemuda berperanan mengatur gerak kerja dan bersedia dengan perubahan yang besar apabila berdepan perjuangan yang semakin hampir dalam menentukan halatuju parti Barisan Nasional.Sekretariat PDM ditubuhkan bertujuan menguatkan lagi jentera parti dengan pelbagai aktiviti-aktiviti pemuda,gerak kerja , jalinan rakyat seperti program2 bersantai ,sukan,hiburan dan lain-lain adalah untuk mengisi masa lapang golongan belia menyokong kerajaan dan membawa mereka ke arah belia yang berwawasan.Unit Media Baru , Unit Pidato , sembang kedai kopi masing-masing perlu memainkan peranan dalam mengembalikan dan mengekalkan sekongan rakyat kepada parti dan kerajaan Barisan Nasional. Peringatan seterusnya adalah dari Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor YB Dato' Mohamad Idris Bin Abu Bakar dalam ucapannya sekali lagi mengingatkan Pemuda Umno perlu mendekati dan mendampingi golongan pengundi yang berumur 30-40 tahun kerana golongan seperti ini kurang diberi perhatian kerana mereka lebih kepada memerhati daripada memberi komitmen kerana kebanyakan dari mereka sudah bekeluarga dan bekerja dan bertanggungjawab kepada keluarga.Beliau mengingatkan agar Pemuda yang diketuai oleh Mahmud perlu merancang program2 dan aktiviti yang sesuai supaya dapat mendekati mereka.Bagi ucapan Dato' Mukriz Mahathir selaku perasmi mesyuarat pula , mengingatkan pemuda perlu mengatur strategi dan langkah dengan melakukan satu tranfomasi seperti disarankan kerajaan agar mesej tersebut sampai kepada golongan2 muda .Bermula dari Tranfomasi kerajaan ( Rakyat didahulukan )pelbagai program transfomasi diatur oleh kerajaan seperti program Transfomasi Ekonomi , Transfomasi Politik dan lain-lain lagi.Dato' Mukriz juga mengingatkan agar kita tidak jadikan Sindrom Kacang Lupakan Kulit di mana satu ketika dahulu kawasan setinggan yang menjadi penyokong tegar Umno dan kerajaan dan telah di bela dan diusahakan agar taraf hidup mereka ditingkatkan dalam menyelesaikan masalah mereka kepada penempatan yang lebih selesa kini telah merudum sokongannya apabila dilihat mereka pula menentang kerajaan . Sebelum mengakhiri ucapan beliau sempat berpesan hanya golongan muda kini yang akan mencorakan masa depan negara.Mesyuarat perwakilan bermula jam 5.00 petang dihadiri oleh wakil negeri dari Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Raja diketuai oleh Ybhg Azman Perai.Dua Wakil Pemuda ke perhimpunan Agong Pemuda Umno Malaysia (G2) terpilih daripada 4 orang bertanding adalah Khairul Anuar Bin Kasim dan Hisham Bin Saad. Mesyuarat bersurai sekitar jam 7.00 Petang . Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor amat berterima kasih kepada Wakil dari Kota Raja dan kepada semua ahli2 Umno dan BN yang Hadir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment