Wednesday, May 11, 2011
Membantah meroboh Perkampungan Melayu di Sungai Kerandang
Kuala Kubu Bharu 10/5/11 - Pemuda Umno diketuai Ketua Pemuda Bahagian Mahmud Karim bersama 45 keluarga disini telah menghalang kira-kira 200 anggota penguatkuasa dalam tindakan kerajaan negeri Selangor merobohkan penempatan mereka dengan alasan penduduk di sini telah menceroboh kawasan Hutan Simpan Bukit Tarek.Turut sama mempertahankan kawasan tersebut adalah ADUN Kuala Kubu Bharu YB Wong Koon Mun ,ADUN Hulu Bernam Dato'Mohamad Idris Bakar selaku Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor dan juga Ahli Parlimen Hulu Selangor YB Kamalanathan.Dalam perbincangan kira-kira jam 2.30 ptg Penolong Pengarah Jabatan Hutan Negeri Selangor memutuskan 45 hektar dari 354 hektar keseluruhan tetap akan dirobohkan.
Operasi berakhir sekitar jam 6.00 Petang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apa yang jelas adalah kegagalan BN semasa mentabdir Negeri Selangor terserlah. Sejak bila penerokaan ini bermula. Adakah tiga tahun lepas.Siapa sebenar yang menjadi peneroka. Kenapa pertindihan berlaku atas tanah ini.
ReplyDelete